Connect with:




Saban tahun rekaan corak bola sepak sentiasa berubah bagi setiap pengeluar memandang sukan ini menjadi tumpuan bagi seluruh peminat sukan dunia. Bermula dengan hanya rekaan bola sepak bewarna hitam putih, sehinggalah berwarna-warni dan pelbagai lagi.

Rekaan bola yang berubah mengikut peredaran zaman

Figos kini menawarkan perkhidmatan untuk ‘customize’ atau ubahsuai bola anda dengan logo pasukan anda sendiri bagi mengikut citarasa sendiri.

UBAHSUAI MENGIKUT KEHENDAK

“ Jika terdapat pasukan yang ingin mengubahsuai bola mengikut citarasa sendiri, kami akan menerima tempahan minima sebanyak 240 biji bola bagi setiap warna rekaan pelanggan.” ujar Pengarah Urusan Figos Sport, Encik Tang Kok Wai.


“Setiap bola yang ditempah akan dijahit dan dicop logo dikilang kami secara eksklusif” tambah beliau lagi.

BAHAN YANG DIGUNAKAN

Bola yang direka oleh Figos kali ini menggunakan teknologi baharu iaitu jahitan oleh mesin yang dilengkapi dengan lekatan gam untuk menambahkan kekuatan tekstur bola tersebut.

Lapisan luar bola pula menggunakan bahan ‘SOFT P.U’ dimana ianya adalah lapisan lembut yang melindungi kaki anda ketika melakukan kawalan bola dan rembatan. Manakala lapisan sebelah dalam pula menggunakan teknologi ‘butyl bladder’ dan kapas nipis dimana menjadikan bola tidak terlalu melayang ketika melakukan hantaran dan rembatan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk lebih info mengenai bola ini, anda boleh ke laman web rasmi
Figos Sport ( http://www.figosport.com/)

atau laman media sosial mereka di

FACEBOOK (@figossportwear)
INSTAGRAM (@figossportwear)