Jika sebelum ini pernah kecoh bahawa pemain Sepanyol, Fernando Torres akan berhijrah ke sebuah kelab di Malaysia, namun kini perkara itu seakan-akan mampu menjadi realiti. Persoalannya, apakah benar Torres akan ke JDT?

Foto Kredit : TransferNewLIve

Hal ini kerana, melalui satu portal rasmi berita Sky Sports menyatakan bahawa pemain Atletico Madrid ini akan meninggalkan kelab tersebut pada hujung musim ini. Jika dilihat jendela perpindahan liga Malaysia, ia tidak mustahil jika Torres akan ke JDT.

Foto Kredit : Football Malaysia LLP

Jendela perpindahan pemain liga Malaysia akan di buka semula pada 14 Mei sehingga 10 Jun 2018. Ia memberi peluang kepada semua pasukan untuk melakukan pertukaran dan memantapkan lagi pasukan untuk menghadapi persaingan liga musim ini.

Foto Kredit : La Liga

Untuk saingan La Liga pula, perlawanan terakhir mereka adalah pada 20 Mei dan ini bermakna, selepas itu Torres akan menjadi pemain yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pasukan lagi.

Page rasmi JOHOR Southern Tigers baru-baru ini ada memuat naik gambar Torres bersama dengan pemilik kelab JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris tanpa sebarang ‘caption’. Ini membuatkan desas desus terus bertiup kencang seakan-akan memberi gambaran awal mengenai gambar tersebut.

TMJ juga ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sanggup mengeluarkan banyak dana untuk mendapatkan seorang pemain yang benar-benar berkualiti dan mampu membantu pasukan. Mengenai duit, TMJ tidak kisah asalkan pemain itu benar-benar mampu memberi komitmen bersama pasukan.

Jika perpindahan ini menjadi realiti, liga Malaysia pasti akan menjadi tumpuan dan setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan JDT, pasti stadium akan penuh untuk melihat pemain ini beraksi di depan mata.

Foto Kredit : pinterest(dot)com

Untuk rekod, ketika bersama Sepanyol, Torres berjaya merangkul kejuaraan hatrik iaitu Piala Dunia 2010, Piala EUFA Eropah 2008 dan 2012. Ketika bersama Chelsea, Torres juga menikmati pelbagai kejayaan seperti menjurai Liga Juara-Juara (UCL) (2011/2012), FA CUP (2011/2012) dan liga Eropah (2012/2013).

Bagi penulis, ini merupakan beberapa petunjuk kepada peminat mengenai perpindahan beliau ke JDT dan ini adalah pandangan peribadi, jika benar ia akan menjadi satu detik yang indah untuk penyokong, kalau tidak? Nama pun gosip dan desas desus je.

Foto Kredit : JOHOR Southern Tigers