Connect with:




Bola sepak negara Thailand ternyata berada di kelas tersendiri apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Raja Thai menewaskan Gabon 4-2 menerusi sepakan penalti yang diadakan di Bangkok.

Penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan menjadi wira skuad gajah putih ini apabila menyelamatkan dua sepakan penalti dari Gabon. Pemenang terpaksa di tentukan melalui sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 0-0 di masa sebenarnya.

Foto Kredit : zimbio(dot)com

Kawin yang beraksi di kelab Eropah bersama kelab divisyen 2 Belgium, Oud-Haverlee Leuven (OHL) dengan perjanjian selama 5 tahun jelas membukti bahawa beliau sememangnya layak bermain di Eropah apabila menunjukkan aski yang cemerlang bersama Thailand.

Kejayaan mereka ke pelawanan akhir ini jelas membuktikan bahawa bola sepak Thailand berada jauh di hadapan berbanding pasukan di ASEAN yang nampak sukar untuk menewaskan pasukan terhebat dunia.

Mereka juga membuktikan bahawa mereka sememangnya kuasa bola sepak ASEAN apabila turut bermain dalam kelayakan Piala Dunia 2018 bersama-sama pasukan terbaik dunia seperti Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Iraq, Australia, dan Arab Saudi.

Jika hendak bandingkan dengan Malaysia, mungkin keadaan bola sepak di Malaysia masih jauh ketinggalan dari mereka apatah jika hendak mencatat kemenangan dengan pasukan yang berada di tahap terbaik dunia.

Thailand akan bertemu dengan Slovakia di perlawanan akhir untuk menentukan kejuaraan dan Gabon pula akan bertemu dengan Emiriah Arab Bersatu bagi penentuan tempat ketiga yang akan diadakan pada Ahad ini.

Foto Kredit : bolaforum(dot)com