Connect with:




 

Pertemuan antara Real Madrid dan Juventus dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi berlangsung dengan penuh dramatik yang menyaksikan Real Madrid berjaya mara ke separuh akhir.

Foto Kredit : goal(dot)com

Mario Mandzukic menjadi watak penting apabila menjaringkan dua gol manakala Blaise Matuidi kembali hidupkan peluang untuk Juvnetus. Buffon ternyata berada di prestasi terbaiknya apabila banyak menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari Real Madrid.

Perlawanan yang dilihat seakan-akan diheret ke masa tambahan namun ia bertukar menjadi mimpi ngeri buat Juventus apabila pengadil perlawanan, Michael Oliver memberi penalti kepada Real Madrid setelah pemain pertahanan mereka, Medhi Benatia mengasari Lucas Vazquez.

Foto Kredit : cbssports(dot)com

Ia bertambah buruk apabila Buffon dilayangkan kad merah setelah mempertikai keputusan pengadil. ‘Raja’ sepakan penalti, Cristiano Ronaldo tidak mempersia-siakan peluang sekali gus berjaya membawa Real Madrid ke separuh akhir dengan kemenangan argegat 4-3.

Foto Kredit : goal(dot)com