Connect with:




Walaupun ramai yang mempertikaikan bahawa Malaysia mampu melakukan aksi lebih baik pada Sukan Komanwel Gold Coast, 2018 dan tidak mengharapkan kemenangan, namun pemain ping pong beregu negara membuktikan mereka mampu melangkah lebih jauh apabila memenangi pingat gangsa acara beregu wanita.

Dalam pada itu, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) tidak meletakkan sasaran yang tinggi hanya mara kesuku akhir bagi lelaki dan wanita kerana untuk edisi kali ini terdiri daripada pemain tenis yang muda dan tidak berpengalaman.

Apa yang lebih membanggakan, Ho Ying, 24 dan Karen Lyne,15 menyangkal tanggapan orang ramai apabila mara ke separuh akhir sekaligus menghadiahkan pingat buat negara.

Mereka sendiri terkejut menjadi wakil Malaysia yang pertama memenangi kejuaraan utama dalam acara inidividu sejak ping pong diperkenalkan pada tahun 2002 di Sukan Komanwel.

Dalam perlawanan tersebut, pada mulanya Malaysia tewas 3-0 kepada pemain India,Manika Batra-Mouma Das, tetapi bangkit menentang satu lagi pasangan dari India Sutirtha Mukherjee-Pooja Sahasrabudhe 3-1 untuk  merebut pingat gangsa.

Menurut laporan New Straits Times, setibanya pasukan ping pong di KLIA2, jurulatih kebangsaan. Beh Lee Wei tergamam ketika pencapaian anak buahnya melebihi jangkaan.

“Saya begitu gembira dengan anak buah saya kerana sebelum mereka bertolak ke Gold Coast, mereka tidak diletakkan sasaran untuk memenangi pingat kerana mereka merupakan skuad muda.

“Mereka membuktikan tanggapan orang ramai terhadap keupayaan mereka adalah salah dan kini  mereka berada di landasan yang tepat untuk mencapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

“Saya berharap mereka mengekalkan prestasi dan melakukan aksi terbaik pada Kejohanan Dunia di Sweden hujung bulan ini,  “kata Lee Wei, yang telah bersara sebagai pemain selepas membantu Malaysia memenangi pingat gangsa dan perak masing-masing dalam acara pasukan wanita pada Sukan Komanwel 2010 dan 2014.

Lee Wei juga merasakan bahawa pasukan lelaki Malaysia melaksanakan cabaran mereka dengan baik.

“Mereka mingkin tidak memenangi sebarang pingat, namun mereka telah menunjukkan kematangan dalam permainan mereka.

“Apabila TTAM berkata kami telah menyediakan mereka untuk masa depan, kami tidak menjangka mereka untuk mengejutkan kami seperti ini,” tambah Lee Wei.

Foto Kredit: Stadium Astro