Kedudukan pasukan selepas undian pusingan akhir Piala Thomas dan Piala Uber

Skuad badminton Piala Thomas negara terlepas berada di dalam kumpulan maut dalam undian pusingan akhir Piala Thomas yang akan diadakan di Bangkok, Thailand bermula 20 hingga 27 Mei depan.

Skuad Piala Thomas diundi berada dalam kumpulan Kumpulan D bersama Denmark, Rusia dan Algeria. Jika di lihat pasukan yang berada di dalam kumpulan itu, Malaysia sepatutnya tidak mempunyai masalah besar untuk layak ke pusingan seterusnya.

Malaysia juga mempunyai peluang untuk membalas dendam kekalahan mereka pada Denmark pada Piala Thomas edisi sebelum ini kerana Denmark menjadi penghalang di separuh akhir untuk ke perlawanan akhir.

Jika dilihat dari prestasi semasa kem badminton negara dalam beberapa kejohanan yang di sertai, ia nampak sedikit tidak konsisten dari segi prestasi sama ada perseorangan lelaki mahupun beregu.

Lee Chong Wei sekali lagi menjadi sandaran utama dalam kejohanan Piala Thomas kali ini namun jika mengharapkan beliau seorang sahaja memberi mata kepada kem negara, tampak agak sukar untuk pasukan Malaysia melangkah lebih jauh.

Sementara itu, skuad Piala Uber negara pula dilihat menghadapi laluan sukar apabila di undi berada dalam kumpulan D bersama juara bertahan, China, Indonesia dan Francis.

Untuk edisi Piala Thomas 2016, Denmark buat pertama kalinya muncul juara kejohanan ini apabila menewaskan Indonesia 3-2 di perlawanan akhir yang diadakan di China.

Foto Kredit : Badminton Association of Malaysia – BAM