Connect with:




Skuad badminton negara akan bertemu dengan India dalan perlawanan akhir badminton campuran hari ini untuk menentukan pingat emas akan menjadi milik siapa.

Malaysia merupakan juara bertahan dalam acara badminton campuran dari tahun 2006 sudah pasti ingin meneruskan penguasaan kejuaraan dalam acara ini.

Mereka layak ke perlawanan akhir setelah mencatat kemenangan mudah ke atas musuh tradisi acara ini, England 3-0 dan India pula menyingkirkan Singapura, 3-1 dalam peringkat separuh akhir semalam.

Dalam perlawanan akhir nanti, pertemuan pemain perseorangan menjadi tumpuan kerana prestasi pemain India, K Srikanth atau HS Prannoy berada di prestasi terbaik ketika ini. Sandaran utama kita sudah tentu kepada Lee Chong Wei dan beregu lelaki, V Shem-Wee Kiong untuk memberi mata dalam perlawanan akhir nanti.

Di Harapkan pemain yang diturunkan hari ini mampu memberi aksi terbaik untuk mengekalkan kejuaraan dalam acara ini sekali gus akan membantu Malaysia menambah pungutan pingat emas.

Foto Kredit : Badminton Association of Malaysia – BAM