Connect with:




Untuk jadi ketua dalam sesebuah organinasi mungkin mudah seperti pandai berkata-kata namun untuk jadi seorang pemimpin yang berjaya bukan sesuatu yang mudah kerana setiap kejayaan yang datang perlu tempuhi rintangan demi rintangan terlebih dahulu.

Kali ini penulis senaraikan tiga ciri-ciri utama yang perlu ada pada seseorang untuk menerajui persatuan terbesar dan sukan nombor 1 Malaysia iaitu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jiwa Kental

Gambar sekadar hiasan. Foto Kredit : utaranews

Elemen ini paling penting yang perlu adaor pada seseorang. Jika anda tiada jiwa yang kental, anda boleh lupakan sahaja hasrat untuk menerajui FAM. Kenapa perlu ada jiwa kental? Sebab orang ramai akan ‘attack’ mereka yang pimpin persatuan itu sendiri.

Seperti anda tahu, masyarakat kita begitu suka akan kejayaan dan kemenangan demi kemenangan namun jika pasukan mengalami kekalahan, maka bersiap sedialah untuk dikritik, dicaci dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan. Foto kredit : youtube

Hobi orang Malaysia adalah mengkritik dan mencari salah orang, itu adalah lumrah dalam mayarakat kita dan sebab itu, individu yang bercita-cita tinggi ingin memimpin FAM perlu ada sifat ini. Netizen akan kritik, kritik, dan terus kritik meskipun kamu berjaya melakukan sesuatu perkara.

Oleh itu, fokuslah kepada kerja dan buktikan dengan hasil kerja kepada penonton kerana tiba masanya, penonton akan berdiam juga dan mereka yang selalu kritik akan tabik hormat kepada kamu.

Jangan berumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak. Jadi anda rasa kini jiwa anda kental atau sebaliknya?

Sifat Kepimpinan

Hal ini juga salah satu perkara yang akan menentukan sama ada persatuan yang anda pegang akan terus bergerak ke hadapan atau terus mundur. Kejayaan tidak boleh dibeli sebaliknya ia perlu dibentuk dan perlu ada satu perancangan jangka panjang.

Kita lihat sebagai contoh, bagaimana Jerman boleh dakap Piala Dunia pada 2014 dan bagaimana bola sepak U23 Vietnam boleh layak sampai ke perlawanan akhir Piala AFC. Ini semua memerlukan perancangan jangka panjang dan memerlukan kepimpinan yang boleh membantu perancangan itu.

Foto Kredit : JOHOR Southern Tigers

Di Malaysia, kita boleh lihat bagaimana Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim melakukan transformasi secara besar-besaran terhadap kelab Johor Darul Ta’zim dan terbukti apa yang di lakukan oleh TMJ membuahkan hasil dengan kejayaan demi kejayaan yang mereka raih dalam masa begitu pantas.

Berpengetahuan dalam sukan

Jika anda tidak minat sukan dan mengetahui mengenai sukan tetapi bercita-cita ingin jadi orang paling penting dalam sesebuah organinasi sukan, anda rasa apa akan terjadi terhadap organisasi itu. Di Malaysia sudah ada contoh dimana mereka tidak minat sukan tetapi cuba juga menjadi orang penting dan hasilnya pun tidaklah segah mana.

Pemimpin yang mempunyai ilmu dalam sukan sudah tentu akan ada pengaruh yang kuat dan ini sebenarnya memberi kelebihan kepada persatuan itu dari segi untuk tarik penajaan, kerjasama dengan kelab-kelab besar, kerjasama dengan mana-mana ahli koporat untuk menjadikan persatuan itu terus maju pada masa akan datang.

Jika minat sahaja tetapi tiada ciri-ciri lain sukar juga untuk melangkah ke hadapan.

Karisma

Karisma dalam erti kata lain adalah kualiti atau aura yang individu itu ada sehingga orang ramai boleh jadikan beliau sebagai role model. Cara bercakap, berpakaian dan penampilan itu membuatkan orang yang melihat sangat kagum kepada individu tersebut.

Gambar sekadar hiasan. Foto Kredit : hipwee(dot)com

Ciri ini juga cukup penting kerana mereka perlu berhadapan dengan orang ramai yang berlainan karakter kerana setiap peringkat memerlukan nada interaksi yang berbeza-beza. Mereka yang hebat adalah mereka yang boleh berhadapan dengan sesiapa sahaja meskipun beliau terpaksa berjumpa secara berdepan dengan musuhnya.

Hal ini cukup penting kerana individu yang bijak adalah mereka yang tahu bagaimana untuk hadapi musuh meskipun dikritik dengan hebat. Semua orang boleh mengkritik tetapi tidak ramai yang boleh menerima kritikan kembali.

Gaya bercakap boleh mempengaruhi orang ramai yang mendengar dan ikut apa yang kita perintahkan. Hal ini sedikit sebanyak akan melancarkan mesej yang ingin disampaikan kepada audien kita sendiri.

Foto Kredit : Football Association of Malaysia (Official)