Connect with:




Selepas bersara dari pentas ONE Championship November lalu, ramai menyangkakan Ann ‘Athena’ Osman akan menyepi dalam dunia MMA. Sangkaan tersebut silap, Ann sebenarnya masih bersama dengan siri MMA terbesar di Asia itu.

Bagaimanapun, tempatnya kini bukan di dalam gelanggang. Anak kelahiran Sabah itu kini menjawat jawatan pengurus bahagian atlet dan pencarian bakat.

Ia satu tugas yang besar. Sebelum ini sebagai atlet, saya hanya fokus untuk berlatih dan bertarung tetapi tugasan baharu saya ini benar-benar membuka mata saya mengenai apa yang berlaku di luar gelanggang.

“Saya perlu memastikan atlet bertanding mengikuti jadual yang ditetapkan selain turut sama terlibat secara langsung dengan bahagian produksi, pemasaran dan jualan. Ia sememangnya satu perspektif yang cukup berbeza.

Tambah Ann, beliau juga perlu memantau bakat-bakat baharu untuk dibawa ke pentas ONE Championship terutamanya dari Malaysia.

“MMA semakin berkembang di Malaysia. Sebelum ini, Malaysia hanya menganjurkan dua acara dalam setahun tetapi bermula tahun ini, tiga acara dilangsungkan. Ia menunjukkan betapa sukan ini mempunyai pengikut yang cukup besar di Malaysia.

“Secara peribadi, saya melihat Malaysia mempunyai potensi dari segi bakat-bakat baharu. Ramai atlet kita sebenarnya mempunyai kriteria untuk bertanding di pentas yang lebih besar dan bukannya amatur semata-mata.

Bagaimanapun kata Ann, beliau tidak melihat kepada skill dan teknik semata-mata sebaliknya turut memerhatikan kepada kebolehan atlet tersebut untuk memenuhi nilai yang diterapkan oleh ONE.

“Kami mencari bakat yang lengkap dari segenap pakej. Skill dan teknik memang penting tetapi dalam masa yang sama mereka perlu mempunyai nilai-nilai murni seperti menghormati jurulatih dan lwan, bekerja keras, dan berdisiplin.

“Inilah nilai sebenar dalam sukan mempertahankan diri. ONE sentiasa mengutamakan perkara ini”.

——

Untuk artikel penuh, dapatkan majalah Dunia Sukan edisi 63 (April 2018) di pasaran. Anda juga boleh membelinya secara online di laman e-commerce Dunia Sukan di sini.