Connect with:




Altlet olahraga para negara, Mohamad Afiq Ali Hanafiah tidak gentar dan enggan mengibar bendera putih terlalu awal walaupun sedar bakal berdepan saingan sengit pada temasya Sukan Komanwel Gold Coast, bermula Rabu ini.

Afiq, 24, menjelaskan dia meletakkan harapan supaya dapat mara ke final dan tidak menolak kemungkinan mampu memenangi pinat pada temasya itu.

“Saya rasa Afrika Selatan dan Nigeria antara pencabar yang kuat di Gold Coast. Jadi saya sasarkan adalah final, tapi kalau ada rezeki untuk bawa pulang pingat ia satu bonus.

“Saya sudah pulih daripada kecederaan lutut kanan ketika saingan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) dan sebagai atlet saya tidak mahu kecewa,” kata Afiq yang tampil buat pertama kali pada temasya itu.

Afiq memenangi pingat emas acara 100 meter dan 200m T12 (masalah penglihatan) di Para KL2017, September lalu.

Sumber : Harian Metro

Foto Kredit : Twitter(dot)com