Connect with:




Pengurus England Gareth Southgate tidak berpuas hati dengan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang menafikan kemenangannya ke atas Itali di Wembley.

Jamie Vardy meletakkan tuan rumah di depan namun kemudian, pengadil perlawanan, Deniz Aytekin menghadiahkan penalti kepada Itali tiga minit sebelum tamat perlawanan selepas melihat rakaman VAR sekaligus menjadikan keputusan seri 1-1.

Pengadil Jerman, Deniz Aytekin menukar keputusan awalnya untuk tidak memberikan sepakan itu apabila pemain gantian, Federico Chiesa terjatuh selepas cabaran dari James Tarkowski menerusi rakaman VAR.

“Saya rasa keputusan itu jelas dan ini bukan satu perkara yang boleh dibahaskan sepanjang hari,” kata Southgate.

“Saya tidak fikir dengan insiden seperti VAR itu akan menyelesaikan masalah lebih lebih lagi apabila di Piala Dunia nanti.”

“Saya lebih suka keputusan pengadil adalah muktamad. Ia sukan dan kita tidak sepatutnya bercakap berapa banyak wang diperlukan atau digunakan.”

“Ada banyak perkara positif yang perlu diambil, kami sedang dalam perjalanan ke Piala Dunia sekarang.”

Dalam pada itu, perlawanan ini merupakan perlawanan persahabatan terakhir England sebelum Southgate menamakan skuad pemain seramai 33 orang sementara untuk Piala Dunia pada 14 Mei, dengan pemilihan 23 pemain terakhir pada 4 Jun – dua hari selepas perlawanan persahabatan menentang Nigeria.

England berada di landasan tepat untuk meneruskan retak kemenangan selepas kejayaan 1-0 mengatasi Belanda Jumaat lalu dan seri berdepan pasukan pilihan Piala Dunia, Jerman serta Brazil pada November hasil gol pembukaan Jamie Vardy pada minit ke-26.

Jaringan penyamaan Insigne ialah gol pertama dilepaskan England dalam enam perlawanan.

Foto Kredit: Lord Of The Reeves