Pasukan dari Liga Satu England, Rochdale berjaya mengikat pasukan gergasi EPL, Tottenham Hotspurs 2-2 dalam saingan Piala FA, awal pagi tadi.

Spurs yang baru lepas bermain dalam saingan UCL minggu lepas, memulakan perlawanan dengan merehatkan beberapa tonggak utama. Pasukan tuan rumah ternyata berjaya menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri apabila mengejutkan pasukan Spurs dengan jaringan pertama dari Ian Henderson pada minit ke-45.

Foto Kredit : FB Tottenham Hotspur

Pemain baru Spurs, Lucas Moura menyamakan kedudukan pada minit ke-55. Pada minit ke-88, Spurs memperoleh sepakan penalti apabila Dele Ali di jatuhkan di dalam kotak penalti dan Harry Kane tidak mempersia-siakan peluang tersebut untuk meletak Spurs di hadapan 2-1.

Perlawanan yang dilihat seakan-akan menjadi milik Spurs namun Steve Davies berjaya menjaringkan gol pada minit-minit terakhir perlawanan sekali gus menangguhkan hajat ketika untuk Spurs ke suku akhir lebih awal.

Keputusan ini menyaksikan, Spurs terpaksa bermain dalam perlawanan ulangan di Wembley.

Bagi pasukan kerdil seperti Rochale, ini sudah tentu satu keputusan yang baik kerana mereka berjumpa dengan sebuah pasukan hebat dan Rochdale pula berada di tangga tercorot Liga Satu England.

Foto Kredit : Standart(dot)c0(dot)uk