Connect with:




Dah macam sarkas.

Itulah yang berlaku dengan sebuah kelab di England iaitu Billericay Town. Kelab ini bermain di Isthmian League Premier Division – liga untuk pasukan semi profesional di England.

Kelab ini dimiliki oleh seorang jutawan dari Essex iaitu Glenn Tamplin. Tamplin telah membeli beberapa pemain dikenali ramai seperti Jermaine Pennant, Jamie O’hara dan Paul Konchesky untuk memperkukuhkan pasukan.

Cuba teka siapa pengurus pasukan ini?

Ya, Glenn Tamplin selaku pemilik juga bertindak sebagai pengurus pasukan.

Minggu lalu, dalam satu perlawanan Trofi FA peringkat suku akhir, Billericay tewas 2-5 kepada Wealdstone.

Ekoran kekalahan tersebut, Tamplin selaku pemilik pasukan telah memecat pengurus pasukan iaitu dirinya sendiri. Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun twitter peribadi Tamplin.

Bagaimanapun selang dua hari kemudian, Billericay mengumumkan Tamplin kembali menjadi pengurus pasukan – hanya selepas dua hari ‘dipecat’.

Mungkin inilah kelebihan seorang pengurus jika menguruskan pasukan yang dimiliki oleh beliau.