Connect with:




Pemain badminton negara di Sukan Komanwel, Lee Chong Wei menganggap akan menghadapi suatu petarungan yang sukar di Gold Cost nanti.

Selain itu, beliau dilihat sebagai salah satu ancaman untuk merebut emas perseorangan lelaki di Gold Coast dari 4 hingga 15 April tetapi pemain veteran berusia 35 tahun itu berkata ia tidak semudah seperti yang disangkakan.

“Semua orang mengatakan bahawa ia hanya Sukan Komanwel dan saya harus menang,” kata Chong Wei.

“Tetapi ia akan menjadi salah satu permainan yang paling mencabar. Ini Komanwel terakhir saya tetapi saya pasti pemain lain akan menyekat permainan saya terutamanya pemain muda.”

Terdahulu, Chong Wei memenanginya dua kali pada dua edisi Sukan Komanwel. Beliau memenangi acara perseorangan dan campuran di edisi 2010 di Melbourne dan edisi 2010 di New Delhi.

Namun, beliau terlepas aksi Komanwel empat tahun lalu di Glasgow ketika Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk menghantar pemain simpanan.

Kemudian, Malaysia gagal memenangi pingat dalam perseorangan lelaki buat kali pertama sejak tahun 1990 di Auckland, New Zealand

Selain itu, menurut pemain badminton nombor enam dunia, Lee Chong Wei menegaskan pencabar utama beliau di Gold Coast adalah dua pemain India, iaitu K. Srikanth (nombor 2 dunia) dan Hs.Prannoy serta pemegang pingat perak Sukan Komanwel, Rajiv Ouseph dari England.

“Pesaing tidak ramai tetapi India mempunyai pemain yang baik. Saya tidak boleh mengambil mudah dengan sesiapa sahaja, “kata Chong Wei.

Malaysia mempunyai rekod seri 2-2 menentang pemain nombor 12 dunia, Prannoy namun beraksi cemerlang kepada dua saingan lain – memegang rekod 4-0 ke atas Srikanth dan 6-0 ke atas Ouseph.

“Sukan Komanwel penting untuk Malaysia dan saya meletakkannya di tempat kedua selepas Sukan Olimpik. Ini permainan terakhir saya dan saya ingin menikmati dan menghargai, “katanya.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali itu juga berharap dapat membantu Malaysia memenangi emas campuran untuk pasukannya. Malaysia pernah memenanginya pada Sukan Komanwel 2006, 2010 dan 2014.