Julung kalinya, pemain badminton India, Kidambi Srikanth telah merampas takhta ranking perseorangan lelaki nombor satu dunia dalam Badminton World Federation (BWF), semalam.

Pemain berusia 25 tahun itu telah mencipta rekod dalam empat edisi Super Series hingga membantunya mencapai mata sebanyak 76895 sekaligus menjadikannya pemain terbaik badminton lelaki di India.

Kekuatannya dalam sukan badminton tidak boleh disangkal lagi. Beliau juga merupakan kontinjen pasukan India yang memenangi pingat emas pasukan campuran negara buat kali pertama di Sukan Komanwel, Gold Coast (CWG).

Bukan itu sahaja, selain merampas kedudukan Victor Axelsen dari Denmark, ketika para pemain India tidak mensasarkan emas dalam sukan itu, beliau dengan semangat kelihatan sudah bersedia untuk memenangi pingat pertama di CWG yang sedang berlangsung di Australia.

Srikanth juga dinobatkan sebagai Sportsperson of the Year di Anugerah Sukan Mahindra Scorpio Times of India (TOISA) ketiga pada bulan Februari. Ianya adalah peningkatan yang luar biasa buat Srikanth, anak didik Dronacharya Pullela Gopichand.

Perjalanan menuju ke ranking nombor satu dunia di peringkat BWF bermula pada tahun 2016 apabila beliau berjaya memenangi dua pingat emas dalam pasukan lelaki dan perseorangan lelaki di Sukan Asia Selatan.

Kejayaannya tidak terhenti disitu. Beliau juga telah mara ke suku akhir Olimpik Rio dan menerima anugerah Pemain Badminton TOISA of the Year [People’s Choice].

Tahun 2017 adalah tahun yang mengubah hidupnya menjadi seorang pemain badminton yang berjaya. Srikanth memenangi empat gelaran Super Series, (yang paling banyak dimenangi oleh mana-mana pemain badminton India) dan menamatkan saingan di final Siri Terbuka Singapura, di mana dia kalah kepada rakan senegaranya, B Sai Praneeth.

Gelaran Super Series yang pertama muncul selepas beliau mengalahkan Kazumasa Sakai dari Jepun (21-11, 21-19) untuk memenangi Kejohanan Siri Terbuka Indonesia. Seminggu kemudian, beliau menewaskan juara dunia dan Olimpik, Chen Long dalam ‘straight games’ 22-20, 21-16 untuk merakam kemenangan Terbuka Australia Super Series.

Dengan kemenangan ini, beliau menjadi pemain India yang pertama yang memenangi Super Series dua kali berturut-turut seterusnya melonjak ranking dalam kelompok 10 terbaik dunia buat kali pertama dalam sepuluh bulan pada acara perseorang lelaki.

Pada Oktober 2017, Srikanth menjadi pemain India yang kedua selepas Prakash Padukone yang memenangi Kejohanan Terbuka Denmark sekaligus menjadikannya sebagai pemain badminton pertama yang merekodkan kemenangan ketiga dalam Super Series dalam masa setahun.

Beliau melakar sejarah sekali lagi selepas seminggu kemudian apabila menjulang kemenangan Koejohanan Terbuka Perancis dengan mengalahkan Kento Nishimoto 21-14, 21-13.
Sementara itu, beliau merupakan pemain India yang kedua merampas takhta BWF selepas Saina Nehwal mengungguli carta wanita pada tahun 2015.

 

Foto Kredit : NDTV Sport