USATF Masters Indoor Track & Field Championships

Berpangkalan di Indianapolis, Kejohanan Trek & Padang Amerika Syarikat (USATF) merupakan badan kerajaan yang mengfokuskan acara trek dan padang, marathon dan perlumbaan jalan kaki di Amerika Syarikat. Ia adalah acara yang paling ramai ditonton dalam siaran Olimpik dan lebih daripada 30 juta pelari dewasa serta warga emas dibawah kendalian USATF.

Otai Masih Berbisa

Antara perlumbaan yang menjadi tumpuan dalam kejohan tersebut adalah larian 60 meter untuk kategori 90 tahun ke atas. Dixon Hemphill, 93 muncul sebagai juara dalam acara  60m dengan catatan masa 19.01 saat.

Namun, apa yang lebih teruja, seorang pelari trek warga emas berusia 100 tahun, Oville Rogers memecahkan rekod dunia bagi kategori umur 100 tahun ke atas selepas menamatkan perlumbaan dengan perbezaan masa hanya 0.12 saat sahaja di belakang Hemphill (19.13s).

Walaupun, beliau tidak memenangi pingat di USATF, namun masanya itu sudah cukup baik untuk membuktikannya adalah yang terbaik di dunia dalam peringkat kumpulan umur 100-104 tahun.

Orville Rogers bersama Julia Hawkins,102 mencipta rekod baru dalam kategori larian wanita umur 100 ke atas. Foto Kredit: USATAF

“Betapa hebatnya pada usia 100 tahun untuk memecahkan lima rekod trek dunia baru dan membawa pulang emas,” katanya kepada ABC News hari ini.

Sehingga ke hari ini, Rogers menetapkan rekod baru dalam acara 60 meter, 200 meter, 400 meter, 800 meter dan 1,500 meter dalam kategori 100 hingga 104.

Rogers merupakan bekas veteran juruterbang pengebom Perang Dunia II sebelum kariernya berubah menjadi juruterbang komersial. Rogers mula berlari pada usia 50 tahun dan mula bersaing di trek ketika berumur 90 tahun.

 Selain itu, Rogers yang juga pengarang ‘The Running Man’, itu berkata dia melatih setiap hari dan berjalan tiga kali seminggu.

Foto Kredit: Runner’s World