Connect with:




Pelumba Repsol Honda, Dani Pedrosa bakal terlepas aksi di GP Amerika Syarikat selepas menjalani pembedahan pergelangan tangan di Barcelona pada Selasa.

Pelumba dari Sepanyol itu terbabit dengan kemalangan sewaktu menyertai Grand Prix Argentina pada Ahad lepas dan terpaksa menjalani pembedahan semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pasukannya, Pedrosa patah tulang di bahagian pergelangan tangan kanan sehingga menyebabkan satu pembedahan terpaksa dilakukan untuk memasukkan skru titanium.

“Jika keputusan positif, dia mungkin akan menjalani proses pemulihan pada Sabtu ini.

“Pedrosa belum pasti lagi untuk menyertai Grand Prix Amerika Syarikat bergantung kepada keadaannya,” kata pasukan Repsol Honda. -AGENSI

Sumber : Utusan Online

Foto Kredit : otospirit(dot)com