Connect with:




ONE Championship™ (ONE), mengumumkan akan kembali beraksi di ibu kota pesat Malaysia, Kuala Lumpur menerusi ONE: VISIONS OF VICTORY di Stadium Axiata. Walaupun acara utama masih belum diumumkan, ONE Championship sudah berkongsi sebahagian pertarungan yang paling menarik dalam seni mempertahankan diri tempatan dan antarabangsa.

AGILAN THANI VS AMITESH CHAUBEY

Agilan “Alligator” Thani dari Kuala Lumpur, Malaysia, artis seni mempertahankan diri berusia 22 tahun dan salah seorang yang berada di kedudukan teratas kategori welterweights dalam Kejuaraan ONE. Kedudukan Thani yang melonjak naik membolehkan beliau mengumpul rekod profesional 8-1, termasuk mencabar bekas Juara Dunia Welterweight ONE, Ben Askren pada Mei 2017.

Walaupun Thani tewas tipis menentang warga Amerika itu, beliau meraih banyak pengalaman dan muncul sebagai pencabar yang lebih berpengalaman. Semua kemenangan Thani datang dengan pengakhiran yang hebat. Pemuda Malaysia ini sudah membuktikan peningkatan dalam setiap kemunculan dan kini beliau bakal berdepan dengan Amitesh Chaubey dalam pertarungan seterusnya.

Amitesh Chaubey, artis seni mempertahankan diri yang berasal dari India serta bakat baharu welterweight dalam Kejuaraan ONE. Beliau yang memiliki rekod profesional 8-9 dan bekas Juara SFL Welterweight terkenal dengan kuasa ‘knockout’. Kelebihan peninju bergaya ini adalah menghalang lawan dengan kombinasi tangannya. Chaubey menyertai Kejuaraan ONE dalam kategori welterweight yang sedang mencari juara baharu. Beliau akan mencabar Agilan Thani di Kuala Lumpur Mac 9 ini ketika kemunculan pertamanya di arena ONE.

CRISTIAN LEE VS KAZUNORI YOKOTA

Adik kepada juara bertahan Kejohanan Dunia Atomweight Wanita ONE, Angela ‘Unstoppable’ Lee, Christian ‘The Warrior’ Lee, 19, memulakan kerjaya profesionalnya dengan lima kemenangan terus dengan pengakhiran yang mendebarkan. Beliau berjaya mengkagumkan peminatnya dengan keupayaannya meraih kemenangan terhadap pihak lawan yang berkaliber. Lee yang juga bekas Juara Dunia Pankration, turut menumpaskan veteran Jepun yang juga bekas Juara Dunia Lightweight ONE, Kotetsu Boku dalam pertarungan terbarunya dengan memenangi pusingan pertama teknikal ‘knockout’ untuk memperbaiki rekodnya kepada 8-1. Terkenal sebagai penyerang yang kreatif dengan teknik bergulat, Lee kini bersedia berdepan dengan seorang lagi veteran Jepun, Kazunori Yokota.

Kazunori Yokota, 39, dari Chiba, Jepun adalah tokoh seni mempertahankan diri dengan 12 tahun pengalaman profesional. Sebagai juara promosi Jepun, DEEP, Yokota adalah pencabar paling hebat dalam featherweight kerana beliau sering menumpaskan pesaingnya dan menang dengan cemerlang.

Yokota pernah muncul dalam Kejuaraan ONE pada Mei 2016, dalam pertarungan dengan bekas Juara Dunia Featherweight ONE, Marat Gafurov untuk meraih gelaran itu. Yokota mencatatkan rekod cemerlang 26-7-3 dan pertarungan terbaharu, mengalahkan lawannya dalam satu lagi pertarungan dan kini Yokota bersedia berdepan dengan Christian Lee.

GIANNI SUBBA VS DANNY KINGAD

Berusia 25 tahun, bakat flyweight dari Kuala Lumpur, Malaysia, Gianni Subba, banyak menghabiskan masa mengasah bakat dengan rakan sepasukan termasuk abangnya, Keanu di MMA Bali, Indonesia. Pemenang enam daripada tujuh pertarungan terakhirnya, Subba adalah atlet berpengalaman dengan kemenangan cemerlang klip 9-2 dalam kerjayanya. Lima daripada sembilan kemenangannya diraih sama ada mengalah atau kalah mati. Dalam tugasan seterusnya, pakar seni wushu Danny Kingad akan menjadi pencabar hebatnya.

Bakat utama flyweight pasukan terkenal, Lakay dari Baguio City, Danny ‘The King’ Kingad, adalah juara wilayah bagi seni wushu dengan rekod 29-1 dan rekod profesional seni mempertahankan diri 8-1. Pahlawan sebenar kawasan pergunungan Filipina ini adalah seorang daripada bakat baru yang datang dari negara ini. Kingad adalah penyerang berbakat luar biasa dengan kemahiran bergulat. Dalam pertarungan baru-baru ini, Kingad mengalami kekalahan pertama dalam kerjayanya selepas ditewaskan oleh pemegang Kejuaraan Dunia Flyweight ONE, Adriano Moraes dalam pusingan pertama. Kingad kini kembali beraksi untuk menentang Gianni Subba.

MUHAMMAD AIMAN VS BURN SORIANO

Bakat baru dalam bidang seni mempertahankan diri yang sedang meningkat naik, Muhammad Aiman dari Malaysia, mempunyai kemahiran yang hebat. Beliau berjaya membuat penampilan mengagumkan dari segi masa pada pertarungan dalam sangkar Kejuaraan ONE setakat ini. Beliau mengalahkan Hisyam Samsudin dengan keputusan sebulat suara dalam perlawanan pertama pengenalannya sebelum menyekat kemaraan pengusti Brazil, Eduardo Novaes dalam acara kedua. Dalam pertandingan terbaru, Aiman mendominasikan pencabar China, Yang Fei untuk memenangi keputusan sebulat suara. Pemain berusia 23 tahun ini akan memberi cabaran kepada penentang seterusnya, Burn Soriano.

Burn “The Hitman” Soriano dari Ilocos Sur, Filipina menjadi penentang hebat melawan peserta China, Chen Lei, November lalu. Bakat featherweight Filipina ini mempunyai gaya agresif dengan tenaga kental dan teknik bergusti yang membawa kepada kemenangannya dalam semua pertandingan disertainya sehingga kini. Dengan menggunakan “spinning back fist” , beliau berjaya menumbangkan lawannya, Mario Sitya Wirawan pada 2016 hanya dalam tempoh 15 saat, penamatan yang paling pantas dalam sejarah ONE. Juara kickboxing kebangsaan dengan rekod kickboxing 14-3, Soriano menunjukkan peningkatan yang mantap dalam beberapa pertandingan sebelum ini dan kini mencari kemenangan seterusnya menentang Muhammad Aiman.

JIHIN RADZUAN VS PUJA TOMAR

Jihin Radzuan, 18, dari Johor Bahru, Malaysia seorang lagi bakat muda dalam seni mempertahankan diri yang bakal membuat penampilan dalam Kejuaraan ONE. Seorang pencabar serba boleh, gadis ini memiliki kemahiran seni Muay Thai dan beliau juga adalah pengamal tinju dengan tali pinggang biru dalam jiu-jitsu Brazil. Bekas pemenang pingat emas dan perak Muay Thai Terbuka Asia Tenggara terkenal dengan kemahiran menyerang dan kuasa kalah mati. Beliau akan melangkah ke sangkar Kejuaraan ONE di Kuala Lumpur untuk berdepan dengan Puja Tomar.

Pesaing flyweight, Puja Tomar adalah artis seni mempertahankan diri dari India dengan rekod profesional tiga kemenangan dan dua kekalahan. Beliau yang menunjukkan prestasi cemerlang menerusi kemahirannya dengan mencatatkan ketiga-tiga kemenangannya dengan ‘knockout’. Bersaing sebahagian besar di negara asalnya, India, bekas juara wushu India ini, kini membuat penampilan kedua di gelanggang seni mempertahankan diri di Asia, pada masa sama bersedia berdepan dengan Jihin Radzuan dalam sangkar Kejuaraan ONE.

HISYAM SAMSUDIN VS JEROME S PAYE

Hisyam “Zephyrus” Samsudin dari Malaysia adalah bekas Juara Tinju Light Heavyweight Asia-Pasifik WBF. Beliau turut melatih Skuad Tribal Borneo yang terkenal dengan bekas bakat wanita strawweight, Ann “Athena” Osman dan jurulatih AJ “Pyro” Lias Mansor. Samsudin yang gemar menyerang lawan dengan serangan berat menggunakan teknik tinjunya yang berkelas dunia untuk menjatuhkan lawan. Tugas Samsudin seterusnya untuk menumpaskan Jerome S. Paye.

Atlet seni mempertahankan diri Liberia, Jerome S Paye muncul dalam Kejuaraan ONE pada Februari 2016 menentang lawan dari China, Li Hao Jie. Dalam pertarungan itu, Paye mempamerkan set teknik yang mantap untuk menyekat lawannya dengan pelbagai gabungan menarik. Dengan keupayaan untuk menyukarkan pihak lawan, Paye mempamerkan semangat juang yang kental dalam sangkar Kejuaraan ONE. Kali ini, Paye akan berdepan dengan Hisyam Samsudin dari Malaysia.