Connect with:




Juventus bakal melayan kunjungan kelab Sepanyol, Real Madrid menjelang suku akhir pertama saingan Liga Juara-Juara di Turin awal pagi Rabu ini.

Pasukan The Old Lady itu mempunyai misi membalas dendam terhadap Real Madrid apabila lawannya itu menewaskan mereka di final tahun lalu.

Juve yang kini memimpin carta liga Serie A perlu memastikan misi mereka terlaksana dan sekali gus kekal dalam landasan yang terbaik untuk melengkapkan ‘treble’ musim ini.

Walaubagaimanapun, Real Madrid kini berada dalam ‘mood’ yang baik apabila memenangi 10 daripada 11 perlawanan dan berjaya merapatkan jurang mata dengan pasukan di tangga kedua, Atletico Madrid.

Real yang hanya mempunyai satu peluang sahaja untuk memenangi trofi utama musim ini apabila gagal mempertahankan gelaran La Liga dan juga terkeluar awal dalam saingan Piala Raja Sepanyol.

“Saya membesar di Turin, saya adalah seorang Juventus. Tetapi hati dan hidup saya sekarang di Madrid. Terus terang, saya perlu menyingkirkan Juventus dengan berbagai alasan,” kata Zidane.

Juventus tidak dapat menggunakan khidmat Miralem Pjanic dan juga Medhi Benatia yang digantung perlawanan akibat kad kuning sementara Real Madrid bakal menurunkan barisan terkuat mereka dengan Cristiano Ronaldo kembali bersama pasukan mereka.

Barisan kemungkinan :

Juventus (4-2-3-1): Buffon; Sandro, Chiellini, Barzagli, De Sciglio; Matuidi, Khedira; Costa, Dybala, Cuadrado; Higuain.

Madrid (4-3-1-2): Navas; Marcelo, Ramos, Varane, Carvajal; Kroos, Casemiro, Modric; Isco; Ronaldo, Benzema.

Foto Kredit : juventus(dot)com