Jika anda menonton perlawanan bola sepak sama ada di stadium mahupun di kaca televisyen, anda pasti perasan sesetengah pemain memotong bahagian bawah stoking mereka dan digantikan dengan stoking lain yang lebih pendek.

Pemain-pemain seperti Gareth Bale, Luis Suarez dan Arjen Robben dilihat sering memakai stoking panjang yang lain dibahagian bawah berbeza dengan bahagian atas stoking. Mereka dikatakan lebih rela membayar denda kepada penaja pakaian pasukan hanya kerana mahu memotong stoking mereka.

Perkara ini menimbulkan fenomena kepada para atlet memandangkan semuanya sudah mula beralih kepada trend ini. Caranya mudah, anda hanya perlu memotong bahagian sleeve stoking panjang anda, dan gantikan dengan stoking pendek dibawahnya sambil menutup dengan tape.

 

LEBIH CENGKAMAN DENGAN STOKING ANTI-SLIP

 

Arjen ketika Piala Dunia 2014

Bagi seseorang atlet yang berprestasi tinggi, anda pasti mahukan gear atau alatan yang terbaik bagi sentiasa berada di tahap yang paling optimum untuk persembahan anda. Jika diikutkan cara tradisional sebelum wujudnya teknologi anti-slip ini, para pemain akan membasahkan stoking mereka bagi mengurangkan kelincinan diantara fabric stoking dan juga material kasut.

Pergerakan yang laju dan lancar sudah semestinya pergerakan yang mempunyai geseran yang paling sedikit diantara kasut dan stoking. Kurang geseran bermaksud kasut anda akan lebih ‘dicengkam’ oleh stoking yang dipakai sekaligus memberikan anda pergerakan yang lebih pantas ketika beraksi.

 

Stoking anti-slip yang dipakai oleh kebanyakan atlet dan pemain bola sepak mempunyai teknologi yang terkini dan mampu memberikan anda keselesaan ketika memakainya. Bukan hanya lebih cengkaman, ianya juga lebih tebal dan lembut untuk menyerap kelembapan bagi mengelakkan kecederaan bahagian kaki.

 

MENGAPA BAYAR LEBIH DENGAN FIGOS?

Jika dibandingkan dengan banyak stoking anti-slip yang lain didalam pasaran, Figos juga melancarkan stoking anti-slip tersendiri dengan harga jauh lebih berpatutan. Dengan teknologi anti-slip yang sama, produk daripada Figos lebih mampu milik kepada atlet pelbagai peringkat umur.

GETAH ANTI-SLIP ELIPSES

Figos memperkenalkan bentuk getah yang melekat kepada stoking berbentuk elips yang mampu memberikan ‘lekapan’ yang lebih kepada kasut anda. Bilangan getah itu juga banyak dan tidak mudah tertanggal jika dibasuh berkali-kali jadi anda tidak perlu risau akan factor ketahanan fabrik.

 

FABRIK TEBAL

Bahan yang digunakan untuk bahagian buku lali ke bawah stoking merupakan kapas tebal yang akan membuatkan kaki anda sangat selesa ketika memakainya. Ia juga akan menyerap lebih banyak peluh dan kelembapan untuk mengelakkan daripada kaki anda melecet dan membuatkan anda tidak selesa untuk bergerak.

 

 

PANJANG DAN PENDEK

 

Anda tidak perlu risau lagi mengenai perlu memotong atau tidak stoking anda ketika beraksi, hal ini kerana Figos mendatangkan 2 versi bagi stoking ini iaitu panjang dan juga pendek. Stoking pendek boleh digunakan untuk latihan ataupun aktiviti indoor yang lain manakala stoking panjang boleh digunakan untuk perlawanan sebenar.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai alatan kelengkapan, anda boleh ke laman web Figossport.com atau ke mana-mana laman media sosial Figos Sportwear.