Connect with:




 

Manchester United berjaya bangkit dari ketinggalan untuk catat kemenangan 3-2 ke atas Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pagi tadi.

Man United yang bertandang ke halaman Crystal Palace menginginkan kemenangan untuk merampas kembali kedudukan kedua liga namun begitu mereka kejutkan dengan dua gol awal dari pasukan tuan rumah.

Patrick Van Aanholt menjaringkan gol kedua untuk Crystal Palace Foto Kredit : Crystal Palace

Andros Townsen membuka tirai jaringan pada minit ke-11 sebelum Patrick Van Aanholt mengukuhkan kedudukan tuan rumah pada minit ke-48 untuk mendahului 2-0.

Man United Cuma memperkemaskan kembali rentak permainan mereka dan pada minit ke-55, Chris Smalling merapatkan kedudukan apabila beliau berjaya menanduk masuk hantara dari Antonio Valencia.  Man United terus mengatur serangan demi serangan akhirnya, Romelu Lukaku berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

Perlawanan dilihat seakan berakhir seri 2-2 bagaimanapun pemain tengah Man United, Nemanja Matic muncul wira apabila rembatan dari luar kotak penalti berjaya menerjah jarring sekali gus berjaya membantu pasukan beliau memenangi perlawanan itu.

Kemenangan ini juga membolehkan skuad Jose Mourinho kembali berada di kedudukan kedua liga sambil di ekori rapat pasukan di bawah mereka.

Foto Kredit : Manchester United