Connect with:




Liverpool mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas membenam Manchester City 2-1 dalam aksi pusingan kedua suku akhir di Etihad, pagi tadi.

Dengan kelebihan tiga gol yang dimiliki Liverpool pada aksi pertama separuh akhir, jaringan Mohamed Salah dan Roberto Firmino di babak kedua sudah cukup membolehkan The Reds melangkah dengan kelebihan agregat 5-1.

Pengurus City, Pep Guardiola perlu mempamerkan permainan sempurna di laman sendiri bagi memadam kelebihan dimiliki Liverpool, namun mereka gagal melakukannya sepanjang 45 minit pertama.

Dalam pada itu, Gabriel Jesus meledak gol pertama pada minit kedua selepas sepak mula membuka peluang cerah untuk City untuk terus memperkuatkan jentera serangan menambah jaringan tetapi City kecundang untuk memburu lebih gol.

Pada minit ke-40, percubaan Bernardo Silva sedikit tersasar mengena tiang sebelum dua minit kemudian, Leroy Sane cuba menambah satu lagi gol, namun tidak dikira kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Kegembiraan tuan rumah lenyap apabila Liverpool bangkit di babak kedua dengan cetakan gol hasil tindakan bijak yang dimanfaatkan Salah yang menyempurnakan peluang selepas bola muntah dari gawang mengenanya pada minit ke-56.

Selang 13 minit kemudian, Firmino menambah derita tuan rumah untuk merakam kemenangan ketiga ke atas City sepanjang musim ini.

Liverpool mempertahankan kelebihan tiga gol untuk meraih empat perlumbaan terakhir dan membuktikan mereka layak ke separuh akhir pertama dalam tempoh 10 tahun. -AFP

Foto Kredit: Liverpool FC