Chamberlain meraih jaringan kedua untuk Liverpool. Foto Kredit : Getty Images Europe

Liverpool meneruskan rentak kemenangan ke atas Man City apabila sekali lagi mengejutkan pasukan piihan, Manchester City dengan kemenangan selesa 3-0 dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi.

Liverpool yang bermain di halaman sendiri ternyata memberi kelebihan kepada mereka apabila 30 minit pertama perlawanan mereka berjaya menjaringkan tiga dan sekali gus berjaya mematikan terus rentak permainan Man City.

Mohamed Salah terus membuktikan ketajaman beliau selaku penyerang terbaik ketika ini dengan menjaringkan satu gol dan satu ‘assist’. Alex Oxlade-Chamberlain dan Sadio Mane masing-masing berjaya mencatat satu gol untuk Liverpool.

Man City yang cuba bagkit di separuh masa kedua nampaknya gagal mencari gol apabila pemain Liverpool berjaya bertahan dengan baik.

Sebelum ini, Liverpool juga pernah mengejutkan Man City dalam saingan EPL sekali gus meranapkan rekod tanpa kalah pasukan Man City.

Kemenangan selesa ini juga membolehkan Liverpool sudah berada sebelah kaki untuk ke separuh akhir UCL musim ini namun dalam permainan bola sepak, apa-apa sahaja boleh berlaku dan tidak mustahil jika Man City berjaya bangkit dalam perlawanan kedua nanti.

Perlawanan kedua nanti akan berlangsung pada 11 April yang akan berlangsung di Stadium Etihad. Mampukah Man City bangkit di halaman sendiri atau Liverpool sekali lagi akan memalukan mereka di halaman sendiri?

Foto Kredit : This Is Anfield