Connect with:




Pemain badminton nombor enam dunia dari China, Lin Dan sekali lagi tewas di pusingan pertama kepada pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen 21-15, 21-19 dalam kejohanan Indonesia Master semalam.

Skrip sama juga berulang apabila beliau tewas di pusingan pertama pertama di kejohanan Malaysia Masters pada minggu lepas kepada pemain muda Indonesia iaitu Ihsan Maulana Mustofa.

Kini timbul persoalan, adakah Lin Dan sengaja kalah dalam setiap kejohanan yang disertai oleh beliau agar beliau dapat fokus kepada kejohanan utama atau yang lebih besar atau prestasi Lin Dan makin merundum?

Hal ini kerana, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah mengeluarkan syarat baru iaitu pemain yang berada di kelompok 15 terbaik dunia perlu menyertai 12 kejohanan setahun.

Mungkin ini antara salah satu strategi mereka malah pemain negara, Lee Chong Wei ada mengeluarkan kenyataan ketika di terbuka Malaysia, bahawa beliau tidak boleh menyertai kesemua kejohanan akibat faktor usia dan sanggup bayar denda.

Lin Dan juga ada berkata bahawa tidak semua pemain boleh memberi aksi terbaik dalam setiap kejohanan yang disertai oleh mereka.

Foto Kredit : 林丹粉丝交流区 Lin Dan Fans Communication Area