Bagi penggemar bola sepak, detik yang paling mereka nantikan adalah sesi pelancaran jersi pasukan kegemaran mereka. Selain itu, perpindahan pemain dalam jendela perpindahan juga amat dinantikan oleh peminat pasukan masing-masing.

Berikut adalah lima jersi pasukan bola sepak antarabangsa yang laris/popular di dunia.

1. Manchester United


• Sebanyak 2,850,000 berjaya dijual bagi kelab Manchester United pada 2016. Jadi, tidak hairanlah mereka mempunyai penyokong yang banyak seluruh dunia.

 

2. Real Madrid.


• Jumlah jualan jersi yang berjaya mereka raih adalah sebanyak 2,290,000 pada 2016.

 

3. FC Barcelona


• Sebanyak 1,980,000 unit jersi yang berjaya mereka jual dalam tahun 2016. Banyak juga jualan mereka.

 

4. Chelsea


• Bagi pasukan dari Liga Perdana Inggeris ini pula, jumlah jersi yang berjaya mereka jual adalah 1,650,000 bagi 2016.

 

5. Arsenal


• Bagi pasukan yang menggunakan tajaan dari Puma ini pula berjaya menjual 1,125,000 jersi kelab mereka pada tahun 2016.

 

Jadi, rekaan dan perincian baju juga amat penting bagi sesuatu pasukan untuk menaikkan pertumbuhan kelab mereka dari segi wang ringgit. Bila baju cantik, baru la peminat mahu membeli produk yang dikeluarkan oleh pasukan tersebut.