Connect with:




Pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah memberi lampu hijau untuk menjual Pogba bersama-sama pemain lain selepas beliau tidak mencadangkan Pogba dalam senarai untuk musim akan datang.

Menurut laporan UK, Mourinho membenarkan Paul Pogba untuk meninggalkan Manchester United pada musim panas walaupun beliau mempamerkan aksi cemerlang menentang Manchester City, baru-baru ini.

Dalam pada itu, hasil jualan Pogba yang telah ditandatangani untuk jumlah £89 juta dua tahun lalu, akan dilaburkan semula untuk membaikpulih kembali skuad United.

Daily Mail mendedahkan bahawa Pogba bakal meninggalkan United pada musim panas ini setelah Pep Guardiola membuat kenyataan Mourinho telah menawarkan pemain tengah Perancis itu kepada City Januari lalu.

Hubungan pemain tengah itu dengan Mourinho telah menjadi tegang pada musim ini dan ketegangan berterusan lagi semasa kekalahan mereka di tempat sendiri berdepan West Brom, Ahad lepas.

Pogba hanya bermain 90 minit masa penuh dalam empat daripada 11 perlawanan sahaja.

Pogba turut berjuang untuk dimasukkan dalam senarai Mourinho dan mempamerkan aksi mantap sebagai pemain terbaik semasa perlawanan Manchester Derby namun masih tidak mencapai tahap yang Mourinho inginkan.

Sementara itu, pengurus yang berasal dari Portugal itu telah merancang strategi dalam pertembungan United dengan Bournemouth dan perlawanan separuh akhir menentang Tottenham Sabtu ini.

Mourinho akan melihat semula sama ada Pogba bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama atau tidak, tetapi beliau menegaskan bahawa tidak takut untuk menggugurkan nama pemain terbaik untuk perlawanan yang besar.

Jika pemain bermain dengan baik menentang Bournemouth dan pemain itu sangat bagus, maka dia akan turun beraksi di separuh akhir,” kata bekas pengurus Real Madrid.

“Ini adalah suatu peluang yang baik untuk pemain menunjukkan aksi yang baik untuk mendapatkan tempat dalam pasukan berdepan Spurs nanti.

Laporan Daily Mail turut mendedahkan selain nama besar seperti Pogba, Anthony Martial, Matteo Darmian dan Daley Blind mungkin tidak akan disenaraikan dalam perlawanan United nanti.

Foto Kredit: FB Manchester United