Skuad hoki wanita negara berjaya menebus kekecewaan apabila menewaskan pasukan ke-26 dunia, Wales sekaligus melonjak kedudukan di tempat keempat dalam kumpulan A pada hari ini.

Aksi yang berlangsung di Pusat Hoki Gold Cost itu menyaksikan Hanis Nadiah Onn berjaya meledak gol tunggal negara pada minit ke-23 bagi membolehkan Malaysia meraih kemenangan pertama di Sukan Komanwel.

Dalam pada itu, Malaysia mencatatkan empat mata seri dengan Afrika Selatan tetapi, kedudukan lebih memihak kepada pesaing utama negara yang berada di tangga keempat hasil dari kelebihan jaringan.

Skuad bimbingan Dhaarma Raj Abdullah bakal menggalas cabaran sukar menentang Scotland untuk perlawanan penentuan tempat ketujuh esok.

Pertemuan itu bagi penentuan tempat ketujuh dan kelapan itu membuka peluang kepada skuad hoki wanita negara untuk menebus kekalahan kepada pasukan ke-18 dunia itu pada separuh akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di Brussels, Belgium, tahun lepas, yang menyebabkan Malaysia menamatkan kejohanan di kedudukan tercorot.-BERNAMA

Foto Kredit: Malaysia Hockey Confederation