Connect with:




Kenyataan rasmi berhubung keputusan sesi pendengaran ke atas dua pemain badminton profesional negara yang disyaki terlibat dalam kes mengatur perlawanan akan diumumkan oleh Persekutuan Badminton (BWF) pada minggu depan.

“BWF difahamkan akan mengeluarkan kenyataan secepat mungkin kerana kes ini sudah menjadi perhatian orang ramai.

“Laporan daripada tiga panel yang mengadili sesi pendengaran kes ini juga sudah diterima oleh BWF keputusan akan dibuat selewat-lewatnya minggu depan,” kata sumber terdekat dengan BWF.

Terdahulu, siasatan dua orang pemain profesional Malaysia diadakan di Singapura pada 26dan 27 Februari dan dijalankan oleh tiga panel bebas atas dakwaan mengatur perlawanan.

Enam pertuduhan telah disabitkan melibatkan enam kejohanan berbeza antara tahun 2013 hingga 2016.

Selain itu, menurut sumber, difahamkan mereka mahu mencabar keputusan tersebut disebabkan kemungkinan besar keputusan tidak memihak kepada kedua-dua pemain terbabit.

“Jika keputusan tidak menyebelahi mereka, saya difahamkan mereka akan mencabar keputusan itu. Hal ini disebabkan bukti yang dimiliki BWF agak sukar untuk kedua-dua pemain tersebut terlepas dari pertuduhan,” katanya kepada Harian Metro.

Foto Kredit: BWF