Connect with:




Selepas menghadapi perlawanan persahabatan malam tadi, skuad bola sepak negara kembali menjalani latihan seperti biasa di padang Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Apa yang paling mencuri tumpuan adalah ketiadaan beberapa tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) di kem latihan bersama-sama pemain yang lain dan hal ini sudah tentu telah menimbul beberapa persoalan mengenai hal sedemikian.

Namun begitu kelihatan juga beberapa pemain baru seperti, Zaquan Adha, Jafri Chew, Kogileswaran, Nazirul Naim, Shahril Saa’ri, Nor Hakim Hassan, Shahrel Fikri, Syawal Nordin dan Syazwan zaipol berlatih bersama skuad negara. Namun pemain-pemain ini masih belum muktamat akan bersama-sama dengan skuad negara.

Skuad negara kini dalam persiapan terakhir sebelum berlepas ke Lubnan untuk menghadapi perlawanan terakhir kelayakan peringkat kumpulan AFC dan kehilangan beberapa tonggak utama dalam pasukan sudah tentu akan merencatkan persiapan skuad negara.

Ketika perlawanan persahabatan malam tadi, skuad kendalian Tan Cheng Hoe hanya mencatat keputusan seri 2-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil.