Jurulatih Nauraj Singh Randhawa, Alex Stewart yang berpakaian rasmi skuad Malaysia di Komanwel mencetuskan kontroversiapabila dia memeluk seorang atlet Australia, Brandon Starc selaku pemenang pingat emas acara lompat tinggi dan menyerahkan bendera Australia kepada atlet tersebut di Stadium Carrara, har ini.

Walau bagaimanapun, ketua kontijen negara Huang Ying How dan Pengarah Podium, Tim Newenham menganggap isu ini sebagai perkara yang tidak serius kerana Stewart bukan jurulatih sepenuh untuk Nauraj.

“Kami membayar Stewart berdasarkan sesi yang dimilikinya bersama Nauraj. Pada masa yang sama, dia berasal dari Australia dan turut melatih Starc serta atlet Australia yang lain. Ianya normal untuk jurulatih meraikan kejayaan atletnya apabila mereka berjaya,” kata Ying How.

“Ia bukan salah Stewart kerana Starc memenangi pingat emas.

“Apa yang saya tahu, Steward melakukan tugasnya dengan baik dalam menyediakan atlet negara dan dia juga menyokong mereka sepanjang perlawanan berlangsung.”

Sehubungan itu, Newenham berkata bahawa jurulatih yang melatih atlet dari negara-negara yang berbeza bukan sesuatu yang luar biasa.

“Semua orang harus ingat bahawa Nauraj mencatat rekod 2.30m (terbaik) di bawah Stewart. Kami membayarnya mengikut sesi dan saya fikir ia adalah satu model yang baik untuk meletakkan atlet di bawah program yang berjaya.

“Kami telah menawarkan Stewart untuk datang ke Malaysia tetapi dia tidak ada pada masa ini,” kata Newenham.

Foto Kredit: Sports247