Connect with:




Jupha Som Net muncul penyelamat maruah negara selepas memperagakan aksi cemerlang dalam Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang berakhir di Velodrom Nasional, di Nilai semalam.

Azizulhasni Awang, Mohammad Shah Firdaus Sahrom dan Fatehah Mustapa yang diletakkan harapan untuk meraih pingat emas dalam kejohanan lima hari itu namun gagal memenuhi sasaran, tetapi sebaliknya Jupha pula yang menyerlah.

Ini diakui jurulatih basikal trek negara John Beasley sendiri. Namun, beliau percaya prestasi berkarat ketiga-tiga pelumba yang berpengkalan di Melbourne itu masih boleh diasah dan ditajamkan semula.

“Prestasi mereka agak berkarat di sini. Jadi masih banyak yang perlu dilakukan terutama Azizulhasni dan Shah Firdaus yang akan menyertai kejohanan dunia di Apeldoorn, Belanda hujung bulan ini.

“Ini menunjukkan kami berada di landasan yang betul kerana semua tahu perancangan adlaah berkaintan dengan Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. Namun untuk Sukan Asia 2018 Ogos ini, kami mahu membuktikan sesuatu.

Ternyata pencapaian dalam kejohanan dunia dari 28 Februari hingga 4 Mac ini tidak langsung diletakkan harapan besar oleh Beasley terutama untuk melihat Azizulhasni mempertahankan gelaran juara dunia keirin yang dimenangi di Hong Kong tahun lalu.

Bagi edisi ke-38 ACC kali ini, fizikal Azizulhasni dan Fatehah dilihat agak berisi sekaligus membuktikan bahawa kejohanan Asia itu bukanlah tumpuan sebenar sebaliknya sekadar memanaskan badan dan melakukan persiapan sahaja.

Foto Kredit : Majlis Sukan Negara