Rayuan dari Tottenham Hotspur akhirnya diterima oleh Panel Rayuan Akreditasi JaringanLiga setelah pasukan itu memohon agar jaringan Harry Kane itu dikira sebagai penjaring.

Sebelum ini, telah menjadi pertikaian apabila mereka mendakwa bahawa jaringan itu sebenarnya dijaringkan oleh Kane tetapi nama penjaring itu diberikan kepada rakan sepasukan beliau, Christian Eriksen ketika perlawanan liga EPL baru-baru ini yang menyaksikan mereka menang 2-1 ke atas Stoke City.

Harry Kane kini yang mengumpul 25 jaringan berada di kedudukan kedua dalam senarai penjaring terbanyak di belakang pemain Liverpool, Mohamed Salah yang, 29 gol ketika ini. Jika dilihat situasi ini, Spurs seakan-akan mahu membantu beliau memenangi Kasut Emas untuk musim ketiga berturut-turut setelah dua musim sebelum ini beliau muncul sebagai pemenang.

Ekoran perkara ini, ia telah mendapat perhatian dari beberapa pemain EPL seperti Jamie Vardy, Wijnadum, Simon Mignolet dan dari Mohamed Salah.

Foto Kredit : Tottenham Hotspur