Connect with:




Foto Kredit : prosoccerusa(dot)com

Pemain tinggi lampai yang kini beraksi bersama dengan LA Galaxy, zlatan ibrahimovic memberi amaran kepada Federation Internationale de Football Association (FIFA) bahawa tiada sesiapa yang boleh menyekat hasrat beliau untuk beraksi dalam Piala Dunia nanti.

Zlantan yang kin berusia 36 tahun menyatakan hasrat beliau untuk beraksi bersama Sweden dalam kejohanan paling berprestij iaitu Piala Dunia di Rusia Jun nanti.

Sebelum ini, FIFA ada mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang terikat dengan badan perjudian tidak boleh beraksi dalam kejohanan Piala Dunia itu dan ini sedikit sebanyak menyukarkan Zlatan untuk beraksi bersama Sweden.

Namun tegasnya, beliau tetap akan beraksi bersama negaranya nanti. Zlatan umumkan persaraan beliau dari mewakili Sweden selepas berakhirnya UERO 2016.

Foto Kredit : pinterest(dot)com