Musim baru Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia yang bermula di Tangkak, Johor pada hari Sabtu diklasifikasikan sebagai kontra menarik bagi kedua-dua pelumba muda dan berpengalaman.

Pelumba berpengalaman seperti Ahmad Fazli Sham akan terus memaparkan aksi terbaik musim ini dimana dia akan bersama dengan pasukan barunya, OneXOX TKKR dalam kelas CP150.

Pemain berusia 36 tahun itu, yang mencipta namanya sendiri bersama Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor sejak sedekad lalu, akan menggunakan pengalamannya terdahulu sebaik mungkin untuk pergi lebih jauh.

“Saya akui, keupayaan saya (fizikal) mungkin tidak sama seperti dahulu tetapi saya percaya saya masih boleh bersaing di kalangan kelompok depan dengan pengalaman saya,” kata Fazli.

“Tumpuan saya sekarang juga berbeza kerana saya ingin membantu pasukan dari segi persediaan motosikal dan juga untuk membimbing penunggang yang lebih muda.

“Saya dapat menunggang dengan pelbagai generasi penunggang yang telah bertanding di Cub Prix sejak diperkenalkan 25 tahun yang lalu dan sekarang saya harus menyampaikan ilmi saya kepada kepada generasi muda.”

Juara ‘expert category’ Fazli pada tahun 2007 dan 2008, dianggap sebagai antara generasi kedua bintang kejohanan bersama Zamri Baba, Ahmad Fuad Baharudin dan Azlan Shah Kamaruzaman.

Dalam pada itu, Akid, juara berganda CP115 musim 2016 dan 2017 akan beralih ke kategori CP150 yang mana menyaksikan dia akan bergandingan bersama Kasma Daniel Kasmayuddin dan Mohd Ramdan Rosli buat pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor.

Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu bukanlah orang yang tidak dikenali kerana pernah memenangi kategori 150cc di Asia Road Racing Championships musim lepas.

“Ia adalah satu situasi yang mencabar tetapi juga sangat menarik, selain bersaing dengan yang lain, saya juga akan berlumba dengan rakan sepasukan saya,” kata Akid.

“Walaupun saya seorang pemain baru, saya tidak merasa tertekan kerana saya pernah berlumba 150cc di peringkat Asia. Cuma jika di Asia, litarnya lebih lebar, jadi saya dapat menggunakan jentera ke tahap maksimum berbanding di litar Cub Prix. Litar yang lebih pendek dan selekoh yang lebih sempit dan amat mencabar.”

Kejohanan Cub Prix akan menampilkan 10 pusingan musim ini di Johor, Pahang, Selangor, Melaka, Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan musim akan berakhir di Bandar Penawar pada 15-16 Disember.

Foto Kredit: GPMalaysia