Connect with:




 

Buat julung kalinya Filipina mencipta sejarah apabila mengesahan tempat ke Kejohanan AFC 2019 bersama-sama dengan Vietnam serta Thailand yang akan terbang ke United Arab Emirates pada 5 Januari hingga 1 Februari 2019. Mereka juga menjadi wakil ASEAN di pentas AFC itu nanti.

Kebangkitan pasukan ASEAN

Apa yang membanggakan penulis adalah mengenai pasukan Filipina kerana mereka ini dahulunya merupakan pasukan belasahan di rantau ASEAN. Itu cerita dahulu, kini pasukan Filipina telah bangkit dan terus memandang ke hadapan dengan dan kejayaan mereka hari ini memberi inspirasi kepada pasukan lain.

Skuad bola sepak mereka dikenali dengan gelaran Azkals atau ‘anjing jalanan’. Gelaran anjing jalanan bukan sebarang anjing jalanan, kali ini mereka telah membuktikan bahawa mereka bukan lagi pasukan belasahan dan perlu di pandang serius oleh pasukan lain.

Buktinya adalah ketika aksi kelayakan AFC 2019, mereka muncul juara kumpulan F dan lebih membanggakan adalah mereka tidak mengalami sebarang kekalahan ketika beraksi bersama-sama dengan pasukan Yemen, Tajikistan dan Nepal. Untuk mencipta kemenangan mungkin mudah tetapi mengekalkan rekod tanpa kalah bukan sesuatu yang mudah. Tahniah Filipina! Salute!

Nama Filipina tidaklah popular seperti Thailand, Myanmar, Vietnam mahupun Malaysia di rantau ASEAN. Malah jika dilihat ke semua kejohanan mereka diperingkat ASEAN, mereka sukar untuk ke perlawanan akhir apatah lagi muncul juara dan sering kali terkandas diperingkat kumpulan atau separuh akhir.

Itu cerita di ASEAN, di ASIA kisahnya berbeza, kini Filipina telah membuktikan kepada pasukan ASEAN, bahawa mereka bukan jaguh kampung dan inilah yang perlu kita akui mengenai bola sepak Filipina.

Foto Kredit : Vietnam Football

Satu lagi wakil ASEAN adalah Vietnam yang bermain dalam aksi kelayakan juga telah membuktikan kepada pasukan ASIA bahawa pasukan ASEAN bukan lagi pasukan belasahan atau bukan lagi mangsa buli pasuakn dari ASIA.

Mereka juga berjaya mengekalkan rekod tanpa dalam enam perlawanan yang mereka lalui dan muncul naib johan kumpulan C di belakang Jordan. Pasukan lain dalam kumpulan C adalah Afghanistan dan Cambodia. Tahniah Vietnam! Salute!

Foto Kredit : the-afc(dot)com

Pasukan bola sepak Vietnam juga hari ini semakin meningkat naik malah mampu memberi saingan bersama-sama dengan pasukan terbaik ASIA. Skuad U23 Vietnam yang layak ke perlawanan akhir AFC awal tahun ini telah membuktikan kepada kita, bahawa pasukan ASEAN juga boleh bersaing dengan pasukan ASIA.

Foto Kredit : ฟุตบอลทีมชาติไทย Thailand National Football Team

Pasukan Thailand pula layak secara merit ke kejohanan AFC kerana mereka bermain dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2018. Kehebatan pasukan Thailand ini tidak perlu ditulis panjang lebar kerana anda sendiri tahu ‘standard’ mereka dengan pasukan ASEAN.

Malah Thailand juga memilih pasukan yang lebih baik dari mereka untuk mengadakan perlawanan persahabaan seperti dengan Gabon dan Slovakia. Perkara ini yang perlu di ikuti oleh pasukan ASEAN jika mahu berjaya seperti Thailand.

Ranking dunia

Foto Kredit : FIFA

Dari segi ranking dunia, ternyata tiga pasukan ini berada dalam kelompok bersama-sama pasukan terbaik dari ASIA.

Mengikut kemas kini terbaru ranking bola sepa dunia yang dikeluarkan oleh FIFA pada 15 March baru-baru ini, menyaksikan pasukan Vietnam gah di kedudukan ke-113, Filipinan ke-122 dan jaguh ASEAN pula di kedudukan ke-129 dunia.

Jika dilihat dari segi ranking dunia ini, tidak hairanlah pasukan ini layak ke Kejohanan AFC 2019 dan mampu memberi tentangan kepada pasukn ASIA yang lain

Mereka membawa nama ASEAN, kejayaan pasukan ASEAN di pentas ASIA juga telah membuka mata banyak pihak bahawa pasukan ASEAN kini bukan lagi pasukan ASEAN yang dulu dan sudah banyak kemajuan dari segi permainan dan ranking dunia terutama dari tiga negara ini.

Penulis tetap optimis bahawa Malaysia juga mampu berjaya seperti tiga pasukan ini dan sandaran utama sudah tentu kepada skuad muda negara ketika ini. Mereka telah membuktikan kepada kita dan memberi sinar untuk melihat bola sepak Malaysia kembali bangkit pada masa akan datang.

Dalam masa tiga empat atau tahun akan, penulis yakin Malaysia akan berdiri sama taraf dengan pasukan Thailand, Vietnam serta Filipina dan jaguh ASIA yang lain tetapi dengan syarat, skuad muda ini perlu dijaga dengan baik dan dapat mengekalkan prestasi mereka dari semasa ke semasa.

Skuad muda sekarang merupaka harapan jutaan rakyat Malaysia untuk kembalikan zaman kegemilangan bola sepak yang pernah dicetuskan suatu ketika dahulu. Tiada istilag mustahil, jika pasukan Vietnam dan Filipina boleh buktikan apatah lagi Malaysia kerana skuad muda kita kini sama ‘level’ dengan pasukan jaguh ASEAN.

Foto Kredit : Azkals (Philippine National Football Team)