Felda United terus mempamerkan taring apabila menewaskan Terengganu II 2-0 dalam saingan 100Plus Liga Premier malam tadi.

Dua gol Felda United hasil jaringan dari ketua pasukan mereka, Shukor Adan pada masa kecederaan, minit ke-47 dan Thiago Augusto pada minit ke-64 melalui sepakan penalti.

Skuad kendalian B. Sathianathan terus selesa memimpin pasukan lain dengan 18 mata setelah mencatat enam kemenangan berturut-turut. Jika dilihat prestasi ketika ini, pasukan Felda United menjadi pilihan untuk muncul juara dan layak ke Liga Super musim hadapan.

Namun begitu, persaingan liga masih terlalu awal dan apa-apa sahaja boleh berlaku dalam saingan liga nanti.

Sementara itu, Sabah berjaya membenam cabaran UiTM FC 3-1 dalam perlawanan malam tadi yang berlangsung di Stadium Likas. Maxsius Musa, Sabri Sahar dan Heo Jae-Nyeong masing-masing menjaringkan satu gol manakala gol saguhti UiTM dijaringkan oleh pemain import mereka, Bakary Dao.

Kemenangan ini juga sekali gus melonjak pasukan Sabah ke nombor dua liga dengan 12 mata. Sabah juga berjaya meleburkan rekod tanpa kalah UiTM FC dalam saingan liga sebelum ini.

Foto Kredit : Football Malaysia LLP