Connect with:




Pengumuman rasmi berkaitan dua pemain badminton negara yang dikhuatiri terlibat dalam kes mengatur perlawanan akan di keluarkan minggu ini dan ia tampak tidak akan memihak kepada mereka.

Susulan itu, dua pemain tersebut akan mencabar keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekiranya kata putus tidak berpihak pada mereka.

Memetik sumber rapat badan dunia itu berkata, kedua-dua pemain itu terus senyap, tidak bercakap mengenai dakwaan ini untuk mengekalkan keputusan yang positif.

Terdahulu, sukan badminton dunia dikejutkan dengan tuduhan skandal mengatur perlawanan membabitkan dua pemain dari Malaysia.

Jika didapati mereka bersalah, kedua-dua pemain tersebut akan digantung seumur hidup.

Kini, mereka digantung sementara daripada semua kejohanan sementara menanti siasatan dan sesi pendengaran lepas di Singapura menyaksikan mereka berdepan dengan panel tiga inidividu bebas dilantik oleh BWF.

Enam tuduhan telah dihadapi oleh kedua-dua pemain tersebut dalam enam kejohanan antara 2013 hingga 2016.

Ini adalah kes yang pertama berlaku dalam sejarah badminton dan kemungkinan besar BWF akan menjatuhkan hukuman mandatori (penggantungan seumur hidup).

Menurut sumber lagi, hanya pengumuman rasmi dalam sesawang rasmi BWF diletakkan tanpa diadakan sidang akhbar.