Connect with:




Atlet India, Rakesh Babu dan Irfan Kolothum Thodi dihantar pulang dari Sukan Komanwel Gold Coast selepas menemui jarum (picagari) dalam cawan di bilik tidur mereka di perkampungan atlet, hari ini.

Menurut Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Louise Martin, atlet yang menyertai acara ‘Triple’ iaitu Babu dan atlet jalan kaki, Irfan serta tiga pegawai pasukan India telah hadir sebelum pendengaran kes CGF semalam.

“Rakesh Babu dan Irfan Kolothum Thodi melanggar dasar ‘no-needles’,” kata Martin kepada wartawan.

“Dengan itu, Babu dan Thodi tidak dibenarkan menyertai Sukan Komanwel dengan serta-mereka. Akreditasi mereka juga digantung dan kedua-dua atlet telah beredar dari kem atlet.

“Kami telah meminta Persatuan Sukan Komanwel India untuk berlepas dari Australia pada penerbangan pertama yang ada.”

Dalam pada itu, Martin juga menegaskan kesemua tiga pegawai pasukan – Ketua Kontijen, Vikram Singh Sisodia, Pengurus Pasukan, Namdev Shirgaonker dan Pwngurus Pasukan Olahraga, Ravinder Chaudhry telah diambil tindakan.

“CGF akan memberi nasihat kepada Vikram Singh Sisodia, Namdev Shirgaonker dan Ravinder Chaudhry bahawa sebarang pelanggaran selanjutnya oleh mana-mana ahli pasukan India mengenai ‘no-needle’ boleh menyebabkan penarikan akreditasi orang yang bersalah itu,” katanya.

Buat masa ini, pasukan India tidak mahu memberikan sebarang kenyataan dan CGF enggan mengambil sebarang pertanyaan lanjut.

Babu adalah pemain ke-12 dan layak ke final bagi lompat “Triple” lelaki pada hari Sabtu manakala Thodi pula menduduki tempat ke-13 dalam perlumbaan jalan kaki lelaki 20km pada Ahad lalu.

Atlet mesti mempunyai pengecualian mengenai perubatan khusus untuk mempunyai jarum di Sukan Komanwel sebagai sebahagian daripada penentangan terhadap doping.

Ia adalah kali kedua pasukan India telah melanggar dasar di Gold Coast selepas doktor pasukan tinju, Amol Patil mengeluarkan surat bertulis pada minggu lalu selepas jarum ditemui dalam botol plastik.

Patil telah memberikan suntikan kompleks Vitamin B kepada peninju yang sakit dan meninggalkan jarum tersebut di dalam bilik, ia melanggar peraturan CGF mengenai cara penyimpanannya yang betul.

Perkara itu tidak dikasifikasikan sebagai pelanggaran peraturan anti-doping, tetapi seluruh delegasi India telah diingatkan oleh CGF tentang tindakan yang akan diambil jika perkara yang sama berulang lagi.