Connect with:




Cassie Sharpe dari Kanada muncul juara ‘ski halfpipe’ kategori wanita dalam kejohanan musim sejuk yang berlangsung di Pyeongchang.

Beliau yang juga pemenang pingat perak di Kejohanan Dunia pada 2015 ternyata menunjukkan aksi yang terbaiknya sekali gus memenangi emas pertama peribadi beliau dalam kejohanan Olimpik musim sejuk ini.

Pemenang emas acara ini ketika musim sejuk di Russia pada 2014, Rowan Cheshire dari Amerika Syarikat gagal menamat persaingan ini sekali gus gagal mempertahankan pingat emas di menanginya.

Cassie Sharpe. Foto Kredit : sportsnet(dot)

Cassie berjaya mengumpul markah sebanyak 95.80 sekali gus berjaya mengetepikan persaing yang lain.

Pingatperak  pula di menangi wakil dari Perancis, Marie Martinod apabila mengumpul 92.80 dan Brita Sigouney dari Amerika Syarikat pula pingat gangsa dengan kutipan 91.60.

Foto Kredit : trandsforcandy(dot)