Connect with:




Nicol David bakal menghadapi cabaran terbesar dalam karier skuasynya apabila mahu mencipta sejarah memenangi pingat emas skuasy untuk kali ketiga berturut-turut di Sukan Komanwel Gold Coast bulan depan.

Pemain nombor lapan itu dipilih untuk berentap dengan pemain ketujuh New Zealand, Joelle King di peringkat separuh akhir perseorangan wanita dan pemenang berkemungkinan akan berdepan dengan pemain nombor empat dunia, Laura Massaro dari England di Final.

Sementara itu, Nicol yang telah memenangi empat pingat dalam Sukan Komanwel termasuk pingat perak beregu campuran (2002) dan gangsa (2010), berkata pingat emas ketiga akan menjadi kemuncak pada penampilannya yang keenam di Sukan beprestij itu.

“Ia akan menjadi suatu bonus besar jika saya memenangi emas yang ketiga,” kata Nicol.

” Saya sangat gembira saya dapat menyertai Sukan Komanwel dan akan memberikan aksi terbaik saya sekali lagi. Saya tidak sabar untuk menunggu sukan itu bermula.”

“Kepentingan pingat di Sukan ini amat bermakna kepada saya dan saya telah memenangi dua pingat emas sebelum ini. Sukan Komanwel mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati saya,” kata Nicol, yang pertama kali muncul dalam Sukan Komanwel pada 1998 di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, pemain nombor dua negara, Sivasangari akan menghadapi Joelle di pusingan ketiga manakala pemain muda kebangsaan, Aifa Azman mengambil pilihan ke-14, Lisa Aitken dari Scotland sebagai saingannya selepas pusingan pertama.

Bagi kategori lelaki, Nafiizwan Adnan akan bertemu dengan pemain Australia, Ryan Cuskelly dalam pusingan ketiga, yang baru memenangi kejuaraan PSA ke-11 di Terbuka Manitoba hujung minggu lalu.

Tiada pemain skuasy yang pernah memenangi acara sama dalam tiga edisi berturut-turut dan Nicol perlu mengalahkan dua pemain dari kelompok sepuluh teratas untuk memenanginya.

Foto Kredit: CWS2018