Connect with:




Syarikat media pelbagai platform beIN Asia Pacific mengumumkan pelancaran beIN SPORTS CONNECT di Malaysia. Menerusi pengalaman pengguna yang imersif, beIN SPORTS CONNECT menjanjikan akses tiada tandingan bagi aksi bola sepak terbaik dari seluruh dunia kepada peminat bola sepak tempatan, bermula dengan perlawanan terbesar minggu ini, Real Madrid menentang Barcelona.

Sebagai tanda meraikan pelancaran beIN SPORTS CONNECT di Malaysia, beIN menawarkan akses percuma perlawanan El Clasico tersebut pada 23 Disember ini pada pukul 7.55 malam.

Selain menawarkan kesemua 380 perlawanan La Liga SECARA LANGSUNG pada setiap musim, para peminat juga berpeluang menonton aksi menakjubkan Neymar di Ligue 1. Liputan bola sepak lain yang turut ditawarkan termasuk persaingan sengit dalam Liga Super Turki (Süper Lig) dan salah satu liga terkemuka di Asia, Liga-A Hyundai, di samping aksi bola sepak yang lain.

Melalui beIN SPORTS CONNECT, pengguna boleh memilih di kalangan tawaran meluas perlawanan SIARAN LANGSUNG menerusi peranti mudah alih, komputer riba mahupun komputer meja yang mempunyai sambungan internet. Selain itu, pengguna juga boleh menetapkan penggera peringatan, menghentikan sementara dan memandirkan perlawanan SIARAN LANGSUNG, menggunakan fungsi Chromecast atau AirPlay di televisyen pintar dan menikmati perlawanan dalam HD. Menerusi ciri-ciri baharu dan menarik ini, pengguna akan mempunyai kawalan penuh dalam menetapkan agenda tontonan mereka.

Mengulas mengenai pelancaran perkhidmatan baharu itu, Mike Kerr, Pengarah Urusan – Asia, beIN Asia Pacific berkata, “Pelancaran beIN SPORTS CONNECT di Malaysia menandakan komitmen berterusan kami dalam menyampaikan pengalaman terbaik kepada para peminat sukan. Dengan pertumbuhan pesat penggunaan peranti pintar dan peningkatan dalam ketersambungan internet, ternyata kaedah mendekati pelanggan amat pesat berubah, dan ianya amat penting bagi kami untuk berada di barisan hadapan perubahan ini. Matlamat kami ialah menjadi platform sukan pilihan dan berdasarkan pemahaman dalam kemahuan pengguna, kami akan terus melabur dalam kandungan siaran dan teknologi terkini.

beIN SPORTS CONNECT ditawarkan pada harga RM20 sebulan. Untuk melanggan, peminat sukan boleh melayari laman connect-my.beinsports.com atau muat turun aplikasi tersebut dari Google Play Store atau Apple App Store. Bagi pengguna iOS, pendaftaran dan langganan perlu dibuat melalui laman web berkenaan buat masa ini.