Bintang wanita World Wrestling Entertainment (WWE), Paige membuat keputusan yang sukar terpaksa mengumumkan persaraan di gelanggang WWE akibat sejarah kecederaan leher yang dialaminya.

Dalam pada itu, PWInsider.com Mike Johnson melaporkan bahawa pada Januari lepas, doktor tidak bersedia untuk membenarkan Paige kembali ke arena gusti, namun dia tetap berkeras untuk kembali semula tetapi mematuhi syarat doktor untuk tidak berlawan.

Dia yang memainkan watak ketua kumpulan baru yang dikenali sebagai Absolution itu sudah terlepas banyak acara lebih dari satu tahun dalam kerjayanya sekaligus terpaksa membuat keputusan untuk bersara.

Sementara itu, bintang yang hanya berusia 26 tahun ini merupakan bekas juara wanita WWE NXT yang pertama dan memenangi tali pinggang Divas Championship pada penampilan sulungnya di malam pembukaan WWE.

Ramai yang  berpendapat dia patut diberikan ‘kredit’ terutama dengan kerjayanya di NXT sekaligus mencetuskan revolusi wanita di WWE.

Walaubagaimanapun, kemunculan bintang gusti WWE, Daniel Bryan memberi sinar harapan buat Paige tentang persaraannya mungkin tidak akan kekal.

Terdahulu, Daniel Bryan menggemparkan dunia gusti WWE apabila membuat keputusan untuk bersara pada Februari 2016 disebabkan kecederaan leher tetapi membuat penampilan pertamanya di gelanggang selepsa dua tahun tidak beraksi pada WrestleMania 34, Ahad lepas untuk bergandingan dengan Shane McMahon menumpaskan Kevin Owens dan Sami Zayn.

Foto Kredit: USA Today