Connect with:




Anna Hursey merupakan atlet cilik yang akan melakar sejarah Sukan Komanwel minggu ini apabila pemain pimpong itu mewakili negaranya, Wales berusaha mencipta kejayaan mengatasi usianya dan cuba mendapatkan pingat.

Apa yang lebih membanggakan, dia juga adalah atlet termuda dalam kalangan semua negara yang pernah bersaing pada temasya empat tahun sekali itu. Jom kita kenali siapakah disebalik anak cilik ini?

  • Lahir pada 20 Jun 2006. Kali pertama beliau memegang bat pada usia 5 tahun selepas mencuba bermain di pusat rekreasi tempatan dan beliau juga merupakan pemain termuda yang pernah dipilih untuk negaranya.

 

  • Mempunyai ketinggian 1.60 meter, pelajar dari Cardiff itu seorang pencabar yang berani dan sudah memecahkan rekod apabila tampil pada kejohanan Eropah tahun lalu.

 

  • Kem latihannya terletak di China dan beliau akan berlatih disana semasa cuti sekolah.

 

  • Debut antarabangsa Anna untuk pasukan senior Wales adalah pada tahun lepas (berusia 10 tahun) dan beliau membantu pasukannya menewaskan Kosovo dalam European Championship qualifier.

 

  • Kejuaraan Kebangsaan pertamanya diraih pada usianya baru sahaj enam tahun.

 

  • Drama siri yang diminatinya adalah Pretty Little Liars dan artis kegemarannya ialah Anna Grande.

 

  • Beliau juga merupakan pemain nombor satu di Eropah untuk kategori umurnya, pemain nombor 18 dunia kategori B15, pemain terbaik di Britain B18 dan yang paling membanggakan beliau adalah pemain termuda Wales yang bersaing dalam mana-mana sukan antarabangsa.

Foto Kredit: ITTF