Perjalanan Datuk Lee Chong Wei berakhir setelah kekalahan mengejut apabila berdepan pemain dari India, HS Prannoy di Terbuka Denmark awal pagi tadi.

Kekalahan itu juga gagal buat LCW untuk memburu hadiah hari ulangtahun yang ke-35 buat beliau yang akan disambut sabtu ini.

Wakil beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang masih meneruskan perjuangan selepas menewaskan pilihan keenam kejohanan dari China, Wang Yilyu-Huang Dongping 21-14, 16-21, 21-18 sekali gus melayakkan mereka ke peringkat suku akhir.

Beregu ke-14 dunia itu akan bertemu dengan Niclas Nohr-Sara Thygesen dari Denmark, hari ini.

Foto Kredit: Asiana.MY