Menang dan kalah dalam sukan mahupun permainan merupakan satu adat di antara setiap pasukan yang bertanding.

Menariknya, peminat lebih suka ‘bergosip’ jika ada pasukan yang menang besar, lagi-lagi apabila pasukan itu bertemu dengan pasukan yang lebih hebat.

Walaupun terdapat banyak pasukan lain yang mencatat jaringan yang besar, tetapi penulis hanya akan menyenaraikan 5 pasukan untuk tatapan pembaca.

Man United VS Arsenal

Foto Kredit : skysport(dot)com

Bagi peminat Red Devils, detik ini pasti akan diingati apabila mereka ‘berkenduri’ besar meratah The Gunners dan menjadi mimpi ngeri skuad kendalia Arsene Wenger.

Foto Kredit : scoopnes(dot)com

Mereka bertemu dalam saingan liga EPL pada musim 2011/2012 dan perlawanan ini telah berlangsung di Old Trafford. Anda masih ingat lagi detik ini? Fans Arsenal anda ok?

Wayne Rooney ketika ini menjadi watak penting apabila meledak hatrik dalam perlawanan ini dan Ia menjadi lebih bermakna kerana berjaya mencatat kemenangan di hadapan penyokong mereka sendiri.

Barcelona VS Real Madrid

Foto Kredit : sport(dot)net(dot)com

Pertemuan El Clasico ini sudah pasti dinanti-nantikan seluruh peminat bola sepak untuk melihat siapa lebih kuat. Jika dilihat kembali setiap kali mereka bertembung, Barcelona dilihat lebih mempunyai aura untuk mencatat kemenangan besar berbanding Real Madrid yang hanya mampu menang tipis ke atas mereka.

Foto Kredit : pinterest(dot)com

Pertemuan El Clasico pada 21 November 2015 di Stadium Santiago Bernabéu menyaksikan Barcelona sekali lagi memalukan Real Madrid dengan kemenangan besar 4-0. Meskipun Real Madrid membariskan pemain terbaik mereka ketika itu, ia masih belum berjaya untuk menyekat Barcelona dari terus mencatat kemenangan besar.

Rasa-rasa anda, bilakah Real Madrid mampu menang dengan jaringan besar ke atas Barcelona?

Bayern Munich VS Borussia Dortmund

Foto Kredit : FC Bayern München

Perlawanan Bundesliga ini merupakan perlawanan paling terbaru iaitu pada 1 April baru-baru ini. Bayern Munich secara tidak langsung sudah bergelar juara Bundesliga tetap menurunkan barisan terbaik mereka dalam perlawanan ini.

Foto Kredit : FC Bayern München

Skuad Kendalian Jupp Heynckes ternyata tidak memberi belas kasihan kepada anak buah Peter Stöger apabila berpesta gol 6-0. Robert Lewandowski menjadi tumpuan dalam perlawanan ini apabila berjaya menjaringkan hatrik dan beliau kini mengumpul 26 gol dalam saingan liga untuk berada sebagai penjaring terbanyak.

 

Sarawak VS Perak

Foto Kredit : sarawakiana(dot)net

Asyik sembang liga luar je kan, ok penulis bawa pula kelab liga Malaysia yang pernah catat kemenangan besar. Pertemuan Sarawak dan Perak ini adalah dalam saingan Piala Malaysia pada 2013 peringkat kumpulan yang akan menentukan siapa yang akan layak ke suku akhir.

Sarawak yang terkenal dengan jolokan ‘ngap sayot’ atau bujang senang benar-benar mengganas apabila menjadikan Perak pada malam itu sebagai santapan malam mereka ketika itu dengan kemenangan 6-1.

fourthoffocial(dot)com

Pemain import Sarawak, Muamer Salibasic membantu pasukannya dengan meledak hatrik dalam perlawanan itu. Kemenangan besar ini membolehkan Sarawak muncul juara kumpulan dan layak ke suku akhir.

Kelantan VS JDT

Foto Kredit : semuanyaJDT(dot)com

5 Oktober 2013, penulis pasti antara detik paling diingati penyokong Red Warriors kerana pasukan mereka berjaya melakukan çome back’ dalam perlawanan kedua setelah tewas pada perlawanan pertama saingan Piala Malaysia peringkat suku akhir.

Foto Kredit : pahitmanis

Pasukan Kelantan ketika itu di bawah bimbangan George Boateng berjaya memadam kelebihan jaringan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila mereka bangkit untuk berpesta gol malam itu.

Stadium Sultan Muhammad IV menjadi saksi untuk skuad Kelantan apabila mencatat kemenangan besar 6-1 di hadapan penyokong setia Che Siti Wan Kembang dan menjadikan malam itu penuh gilang gemilang untuk mereka.

Musim itu juga menyaksikan mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum terpaksa akur dengan kehebatan Pahang. Kelantan tewas 1-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Foto Kredit :  scoopnes(dot)com