Sukan Komanwel rasmi yang pertama (dikenali sebagai British Empire Games) telah diadakan pada tahun 1930 di Hamilton, Kanada. Sebanyak 400 atlet dari 11 negara bertanding dalam 59 acara di enam sukan: atletik, tinju,  lawn bowls, mendayung, akuatik (berenang dan menyelam) dan gusti. Apa yang menariknya, wanita hanya akan bertanding dalam acara renang sahaja.

Pada ketika itu, negara-negara yang bersaing adalah Australia, Bermuda, Guyana British, Kanada, England, Ireland Utara, Newfoundland, New Zealand, Scotland, Afrika Selatan dan Wales.

Sejak tahun 1930, temasya Sukan Komanwel telah berlangsung setiap empat tahun kecuali pada tahun 1942 dan 1946 (disebabkan oleh Perang Dunia II).

Evolusi penjenamaan Sukan Komanwel

  • British Empire Games ( 1930 -1950)
  • British Empire and Commonwealth Games (1954-1966)
  • British Commonwealth Games ( 1970- 1974)
  • Commonwealth Games (1978)

Sukan Komanwel 2018

Gold Cost merupakan bandar yang terletak di Australia yang akan menjadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel 2018. Ia terletak di utara sempadan Queensland / New South Wales, dan kira-kira 66 kilometer di selatan Brisbane. Selain tu, Gold Coast adalah sebuah bandar penempatan yang berdekatan dengan pantai mempunyai penduduk sekitar 640,000 orang.

Disamping itu, ia merupakan bandar keenam terbesar di Australia dan yang kedua terbesar di Queensland(selepas Brisbane).

Gold Coast adalah salah sau tarikan destinasi pelancongan utama Australia yang merangkumi pantai yang sangat indah, taman tema dan kawasan hutan hujan tropika. Lebih dari 10 juta orang yang melawat Gold Coast setiap tahun, termasuklah lebih kurang  sejuta pelancong antarabangsa.

The Gold Coast juga merupakan hub pembikinan filem seperti Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales dan Thor: Ragnarok yang difilemkan di sana.

Fakta Komanwel

  • Bilangan tertinggi negara untuk bersaing di Sukan Komanwel adalah 72 buah negara pada edisi Sukan Komanwel Manchester 2002.

 

  • Bilangan atlet terbesar sebanyak 4,929 yang hadir pada Sukan Olimpik 2014.

 

  • Hanya satu sahaja sukan yang tidak melibatkan kumpulan (single competition) yang dipertandingkan dalam temasya ini sehingga pada tahun 1998 di Kuala Lumpur, acara yang melibatkan kumpulan buat kali pertama dipertandingkan seperti acara kriket, hoki, bola jaring dan ragbi 7s.

 

  • Tidak semua atlet berusia di bawah 30 tahun. Pemain boling padang Dorothy Roche, berusia 61 tahun memenangi emas pada Sukan Olimpik 1990 di Auckland, menjadikan pemenang pingat emas Sukan Komanwel yang tertua di Australia.

 

  • Pemenang pingat emas termuda Australia adalah perenang Jenny Turrell, yang hanya berusia 13 ketika dia bertanding di Sukan 1974 di Christchurch.

 

  • Daripada 71 negara yang layak untuk bersaing dalam Sukan Komanwel, hanya enam negara sahaja yang menghadiri setiap Sukan Komanwel dari tahun 1930. Negara tersebut adalah Australia, Kanada, England, New Zealand, Scotland dan Wales.