Real Madrid mengharungi musim yang tidak menentu ketika ini apabila mereka dilihat terumbang-ambing dalam saingan La Liga tetapi cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara.

Selepas kemenangan ke atas Juventus tempoh hari, Real Madrid kembali menjadi antara pasukan pilihan untuk menjuarai piala berprestij itu.

Namun begitu, skuad kendalian Zinedine Zidane itu perlu memantapkan pasukan untuk musim hadapan jika berhasrat mahu merampas kejuaraan liga daripada Barcelona.

Ini antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid :

1. Neymar

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu sebelum ini menyatakan hasrat mahu kembali ke La liga kerana tidak gembira di PSG dan Real Madrid mahu mendapatkan khidmatnya sebagai pengganti kepada Cristiano Ronaldo.

2. David De Gea

Penjaga gol Manchester United itu sudah lama dikaitkan dengan perpindahan mega ke kelab Madrid itu. De Gea pula terdesak untuk mencari kelab yang mampu memenangi kejuaraan utama seperti Liga Juara-Juara dan perpindahan ke Los Blancos menjadi keutamaannya.

3. Mohamed Salah

Mo Salah sedang menikmati karier yang cemerlang kerana muncul pemain paling menyerlah dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini sekali gus berada dalam radar Real Madrid.

4. Eden Hazard

Seorang lagi pemain bertaraf dunia yang menjadi buruan Real Madrid untuk memantapkan bahagian serangan The Galaticos. Zidane merupakan peminat kepada bintang Belgium itu sejak Hazard di Lille lagi. Jika Zidane berjaya membawa Hazard ke Bernabeu, masa depan Gareth Bale akan menjadi tanda tanya.

5. David Alaba

Tidak dinafikan kelab seperti Real Madrid mampu menarik ramai bintang besar untuk menyertai mereka. Salah satu bintang itu adalah pertahanan kiri Bayern Munich, David Alaba.

Walaupun Real mempunyai pertahanan kiri terbaik dunia, Marcelo ketika ini namun mereka perlu mencari pengganti yang sesuai kerana pertahanan itu semakin berusia.

6. Robert Lewandowski

Penyerang Bayern Munich ini sering dikaitkan dengan perpindahan ke Los Blancos dan baru-baru ini Lewandowski telah mengupah ejen baru untuk dirinya.

Pihak media tidak menolak kemungkinan akan ada perpindahan mega melibatkan Lewandowski dan Real Madrid.

7. Harry Kane

Prospek berharga Tottenham Hotspur ini muncul sebagai penyerang paling menyerlah di samping Salah kerana keupayaannya mengetuai serangan Spurs dan menjaringkan banyak gol.

Madrid sebelum ini sudah melamar Luka Modric dan Gareth Bale dari Spurs, kini giliran Kane untuk dilamar oleh The Galaticos dan juga calon sesuai untuk menggantikan Karim Benzema di Bernabeu.

Foto Kredit : marca(dot)com