Connect with:




Koleksi terbaharu untuk peminat bola sepak telah dilancarkan oleh Nike dimana Mercurial Vapor & Superfly 360 menjadi ‘senjata’ paling terkini untuk bintang-bintang dunia seperti Eden Hazard, Neymar dan Alexis Sanchez.

Pilihan bintang-bintang

Fokus utama koleksi Mercurial kali ini adalah ‘fit’ dimana kasut yang anda pakai akan melekap kepada kaki anda untuk memberikan lebih keselesaan ketika berlari dan melakukan kawalan bola.

Dengan tagline FAST BY NATURE, edisi kali ini mengambil inspirasi daripada haiwan harimau bintang  sebagai tema untuk penghasilannya. Kami di Dunia Sukan berpeluang untuk mencuba sendiri kasut keluaran kali ini dan ini adalah empat perkara menarik mengenai keluaran kali ini.

1) WAJAH BARU
Berbeza dengan rekaan Mercurial sebelum ini, Mercurial Vapor 360 tampil dengan wajah baru sepenuhnya namun masih mengekalkan bentuk identiti asal kasut bola yang terkenal dengan ‘kelajuan’ itu.

Rekaan terdahulu Mercurial

Rekaan terkini Mercurial 360

Kedudukan ‘swoosh’ Nike berubah dari sisi ke sebelah atas dan saiznya dikecilkan sedikit dari sebelum ini. Ia tampak lebih kemas dan ringkas dengan hanya 2 ‘swoosh’ yang di dibahagian depan dan belakang kasut. Bahagian belakang kasut terdapat rekaan huruf ‘M’ untuk Mercurial yang lebih simple dan menarik.

‘M’ untuk Mercurial

2) WARNA

Warna ‘garang’ oren

Keluaran kali ini menggunakan warna oren dan hitam sebagai warna utama dan swoosh juga berwarna hitam dan oren untuk kedua-dua kasut itu. Apa yang menarik ialah warna di stud dan tapak stud ‘soleplate’ iaitu warna emas. Namun warna ini bakal pudar jika mengikut kekerapan kita memakai kasut ini.

3) TEKNOLOGI 360 FLYKNIT

Teknologi Flyknit 360

Seperti mana Mercurial sebelum ini, Nike menambah baik fungsi teknologi Flyknit nya yang dikenali sebagai 360 Flyknit yang akan mengikut kaki si pemakai.

Tiada lagi bahagian yang mempunyai kulit atau pvc tapi hanya fabrik kukuh Flyknit yang akan melekap kepada kaki anda 100%. Bahan yang digunakan juga nipis dan ringan yang akan membuatkan anda merasakan sensasi seperti memakai ‘kulit kedua’ kepada kaki anda.

4) DUA ‘SOLEPLATE’

Soleplate yang ‘dipisahkan’

Nike juga telah ‘memisahkan’ soleplate atau tapak kasut Mercurial kali ini menjadikan 2 bahagian. Selain menggunakan warna yang menarik (emas & oren) ini bakal memberikan lebih fleksibiliti ketika larian memandangkan ianya tidak terikat hanya satu ‘soleplate’. Ia didatangkan dengan stud Firm Ground (FG) yang sesuai untuk keadaan padang rumput ataupun padang sintetik.

 

KESIMPULAN


Setelah mencuba sendiri kasut Mercurial Vapor 360 dan membandingkan dengan kebanyakan koleksi Mercurial sebelum ini, kami merasakan penambahbaikan yang paling ketara ialah dari segi fleksibiliti dan keselesaan memakai kasut ini. Hal ini kerana soleplate yang telah dipisahkan itu telah membolehkan kasut lebih mudah untuk dibengkokkan. Selain itu, bahan Flyknit yang digunakan kali ini lebih nipis dan lebih ringan.