Connect with:




 

Setiap orang pernah alami samaada di zaman kanak-kanak atau zaman dewasa malah sehingga ke hari ini, masyarakat kita tidak kira usia masih mempercayai sesuatu perkara yang boleh memberi kesan kepada pasukan sama ada ia baik atau sebaliknya.

Contohnya mempercayai jika hendak menang dalam perlawanan akan datang, setiap pemain perlu memakai stoking dan kasut bermula dari kaki kanan jika tidak, pasukan itu akan kalah. Perkara ini seperti kepercayaan turun temurun dari generasi ke satu generasi dan entah sampai bila perkara ini akan terus dianggap benar.

Oleh itu, kali ini penulis bawa kepada pembaca beberapa perkara yang masyarakat masih percaya meskipun itu hanya kebetulan.

1. Kena tiang atau palang.

Foto Kredit : Beureum

Benda ini selalu terjadi dalam permainan bola sepak atau futsal malah orang akan anggap jika bola terkena tiang atau palang, maka pasukan itu pasti tiada ‘luck’ untuk menang dalan perlawanan itu. Sahih ke perkara ini?

Kebetulan pasukan yang kita sokong gagal catat kemenangan atau lebih sedih pasukan itu kalah dan secara kebetulan, tiang dan palang menjadi penghalang kepada pasukan itu. Maka selepas itu, pelbagailah teori yang dikeluarkan sehingga segelintir masyarakat pada hari ini masih lagi mempercayai perkara ini.

2. Jersi dan number

Foto Kredit : DHgate(dot)com

Dalam hal ini, bukan setakat penonton malah pemain itu sendiri mempercayai perkara ini yang boleh memberi óng’ atau sebaliknya jika memakai jersi dan nombor itu. Setiap pemain pasti ada nombor pilihan dia sendiri dan nombor paling mereka tidak suka sebab ia akan mempengaruhi prestasi mereka ketika di atas padang.

Maka tidak hairanlah jika nombor popular menjadi rebutan para pemain sehingga boleh membawa pergaduhan sesame pemain itu. Contoh nombor yang sering menjadi rebutan adalah 7, 9 dan 10. Ia menjadi rebutan kerana ramai pemain-pemain hebat memakai nombor ini seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, David Beckham, Ronaldo brazil, Hernan Crespo, Mokhtar Dahari, Ronaldinho dan ramai lagi.

Malah pilihan jersi atau warna jersi itu sendiri kadang-kala sebelum perlawanan orang ramai sudah mula percaya ia apa keputusan selepas tamat perlawanan itu. Contohnya, jika pasukan itu memakai jersi áway’ atau warna kuning, maka para nujum pak belalang pun memainkan peranan dengan meramalkan keputusan perlawanan itu. Mereka percaya bahawa jersi dan warna itu akan memberi tuah kepada pasukan mereka.

3. Rokok

Foto Kredit : gentside sport

Perkara paling popular dan sering kali terjadi perdebatan dalam ahli sukan mengenai rokok yang mempengaruhi prestai seseorang atlet itu. Setiap orang ada pandangan tersendiri mengenai perkara ini begitu juga dengan penulis yang menganggap bahawa rokok ini bukan faktor utama prestasi atlet itu gagal menyerlah.

Di Malaysia, jika seseorang itu merokok maka ia sukar untuk menjadi pemain yang hebat. Itu kata segelintir peminat. Jika kita lihat pemain hebat di kancah liga Eropah, ada juga antara mereka yang merokok seperti Wayne Rooney, Mario Balotteli, Johan Cruyff, Zinedine Zidane dan ramai lagi. Malah ada juga pemain jadikan arak itu sebagai minum mereka.

Tetapi mereka masih mampu perform di atas padang dan memberi aksi terbaik dalam setiap perlawanan. Sebenarnya ia bergantung kepada pemain itu sendiri bagaimana ia mengekalkan prestasi mereka dan attitude. Disiplin semasa di dalam padang dan di luar padang cukup penting bagi atlet itu untuk terus menjadi pemain terhebat dalam kalangan pemain terhebat.

Foto Kredit : sportExpress(dot)com