Connect with:




Bagi sesetengah individu, kesakitan di bahagian sendi adalah perkara yang cukup merimaskan. Antara faktor utama yang menyebabkan adalah berpunca dari aktiviti harian dan faktor umur dimana sakit sendi sememangnya sinonim di kalangan warga emas.

Bagaimanapun pada zaman sekarang, orang muda juga tidak terlepas daripada sakit sendi seperti wanita hamil, orang yang terlebih berat badan, orang yang bekerja kuat, mereka yang sedang menjalani proses rehabilitiasi akibat kecederaan mahupun yang baru selesai menjalani pembedahan.

Sakit sendi yang kronik boleh menyumbang kepada radang sendi atau “arthritis” dimana apabila sendi disentuh, ia mungkin akan menjadi kemerahan, membengkak dan seterusnya kehilangan fungsi.

Bagi mereka yang aktif bersukan, sememangnya mereka tidak akan lari dengan kesakitan sendi terutamanya mereka yang bersenam di gimnasium untuk sesi latihan bebanan. Kesakitan ringan mungkin disebabkan oleh terseliuh atau ligamen atau otot yang terkoyak sedikit. Atlet juga sudah tentu tidak terlepas.

CARA ATLET PROFESIONAL ATASI SAKIT SENDI

Bagi beberapa orang atlet profesional, mereka mempunyai cara tersendiri untuk mengurangkan dan mengatasi masalah sakit sendi.

Pemain bolasepak selalu menggunakan khidmat cryotherapy iaitu terapi menggunakan ais. Kebiasaannya selepas bermain dalam perlawanan, mereka akan menjalani sesi cryotherapy dimana ia akan melancarkan peredaran darah seterusnya mengurangkan pembengkakan tisu. Antara bintang dunia yang kerap menggunakan terapi ini ialah Neymar, Gareth Bale, Frank Ribery dan ramai lagi. Di Malaysia, kos untuk melakukan terapi ini secara puratanya menelan belanja RM150 untuk satu sesi.

Penggunaan gel juga semakin mendapat perhatian di Malaysia. Gel disapu sebelum dan selepas melakukan aktiviti kecergasan mahupun ketika sakit. Pelbagai jenama ada di luar sana. Kebanyakan gel ini bersumberkan herba dan bahan organik.

Bagi Chris Falcon, beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi masalah sakit sendi. Caranya adalah menerusi pemakanan. Jurulatih kecergasan ini akan mengetepikan semua makanan daging dan telur. Sebaliknya, dia memilih sayur-sayuran yang sememangnya tinggi unsur magnesium. Antara makanan pilihannya adalah avocado, brokoli, biji labu dan kacang hijau.

3M™ FUTURO™ – SENJATA AWAL ELAKKAN SAKIT SENDI

Kesemua perkara-perkara di atas adalah lebih kepada cara mengatasi masalah sakit sendi. Seperti kata pepatah, mencegah itu lebih baik dari mengubati. Jadi apakah cara terbaik untuk MENCEGAH sakit sendi?

Tidak ramai yang mengetahui, terdapat satu produk yang menjadi solusi kepada mereka yang menghidap sakit sendi di seluruh dunia. 3M™ FUTURO™ – sebuah syarikat yang berpengkalan di Cincinnati, Amerika Syarikat ini terkenal dengan produk pendakap dan sokongan terhadap anggota badan. Produk-produk ini dipasarkan kepada hampir 42 buah negara di seluruh dunia.

Setiap produk yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri dan fungsi tersendiri. Sebagai contoh, pendakap lutut. Terdapat 6 pendakap lutut berbeza mengikut kesesuaian individu. FUTURO™ Sport Adjustable Knee Support sesuai untuk atlet yang beraksi di atas trek, FUTURO™ Comfort Lift Knee Support pula sesuai untuk kegunaan harian manakala FUTURO™ Slim Silhouette Knee Support Adjustable sesuai untuk kaum wanita.

Begitu juga untuk bahagian pergelangan kaki, belakang, pergelangan tangan, siku dan leher. Jenama FUTURO™ sememangnya dikenali sebagai pakar dalam perkara ini menerusi teknologi yang dibawa oleh 3M – sebuah konglomerat yang dikenali dalam penghasilan produk produk pencegahan khusus untuk komuniti.

Selain kepakaran teknologi, apa yang membuatkan produk FUTURO™ diyakini adalah cara produk tersebut berfungsi. 3 elemen yang digunapakai adalah warmth (haba), compression (mampatan) dan proprioception.

Haba yang dihasilkan oleh tekstur khas menggalakkan peredaran mikro di dalam saluran darah di kawasan-kawasan yang memerlukan penyembuhan. Ini meningkatkan aktiviti metabolik di kawasan yang lebih panas supaya lebih banyak oksigen dan nutrien dapat mencapai tisu dan seterusnya membantu proses penyembuhan. Mampatan lembut
dari produk FUTURO™ pula menyokong pergerakan termasuk di dalam tisu lembut sekaligus mengelakkan kesakitan akibat pengumpulan cecair dalam badan. Bengkak di sendi menjadi semakin cepat untuk surut dan ketegangan dalam tisu lembut pula semakin berkurang.

Apa pula proprioception? Ia adalah persepsi rangsangan yang berhubungan dengan posisi, postur tubuh, keseimbangan kondisi dalam tubuh badan manusia. Hebatnya produk FUTURO™ ini, ia dapat merangsang satu reseptor istimewa iaitu proprioceptors yang terletak dalam kulit dan tisu manusia. Proses penyegaran ini dapat
meningkatkan biomekanik tubuh anda dan koordinasi otot.

Menerusi sains dan teknologi serta pengalaman hampir 100 tahun, 3M™ FUTURO™ adalah solusi buat masalah sendi anda. Jika berminat untuk mendapatkan produk-produk mereka, anda boleh dapatkannya ecara online di Lazada atau di farmasi Guardian, Watsons dan Caring.

Maklumat lanjut mengenai 3M™ FUTURO™ boleh didapati di laman web rasmi mereka di https://www.3m.com.my/3M/en_MY/futuro-my/.